Petang semalam, paparazi sempat tangkap gambar aku tengah berjumpa dengan klien. ๐
Kami sebenarnya tengah bincang beberapa langkah yang dia dan isteri boleh ambil tahun depan, selain daripada apa yang dah dirancang sebelum ni.
Pasangan ni bukan tak pandai menyimpan.
Setiap tahun, mereka dah berjaya menyimpan sekitar RM80,000 hingga RM100,000 untuk mencapai matlamat kewangan jangka sederhana mereka.
Itu bukan jumlah yang kecil.
Tapi bila kita dah ada sasaran yang jelas, persoalannya bukan sekadar berapa banyak yang boleh disimpan setiap tahun.
Boleh tak kita percepatkan lagi perjalanan untuk mencapai sasaran tersebut?
Jadi, kami bincangkan dua perkara.
1. Jual rumah yang sedang disewakan.
Ansuran rumah sekarang RM1,200 sebulan, manakala sewa yang diterima RM1,300.
Atas kertas, ada lebihan RM100 sebulan. Tapi selepas mengambil kira maintenance dan kos-kos lain, rumah ni lebih kurang break even.
Kalau dijual, dia boleh dapat sekitar RM70,000 tunai.
Memang kalau terus simpan rumah tu sampai habis loan, dia akan memiliki sebuah rumah yang dianggarkan bernilai RM340,000.
Tapi loan masih berbaki sekitar 30 tahun.
Jadi, kami perlu tengok sama ada mengekalkan rumah tu benar-benar membantu mencapai matlamat kewangan mereka, atau ada strategi lain yang lebih sesuai.
2. Jual kereta idaman dan tukar kepada MPV untuk keluarga.
Kereta idaman tu dah dipakai selama empat tahun.
Sekarang, dia sedang mempertimbangkan untuk menjualnya dan membeli MPV yang lebih sesuai dengan keperluan keluarga.
Daripada pertukaran ni, dia boleh dapat lebihan tunai sekitar RM50,000.
Pada masa yang sama, perbelanjaan bulanan dijangka berkurang hampir RM1,000.
Kalau kedua-dua keputusan ni diteruskan, mereka bukan sahaja berpotensi memperoleh sekitar RM120,000 daripada penjualan rumah dan kereta, malah boleh mengurangkan komitmen bulanan.
Dengan simpanan tahunan mereka yang sedia ada sekitar RM80,000 hingga RM100,000, langkah ni berpotensi membantu mereka mempercepatkan pelan simpanan sebanyak satu tahun tambahan untuk mencapai matlamat kewangan jangka sederhana mereka.
Bukan sebab mereka tak cukup menyimpan.
Tapi sebab mereka sedang mencari jalan untuk sampai ke destinasi yang sama dengan lebih cepat.
Sudah tentu, sebelum keputusan dibuat, kami perlu menilai kesan penjualan aset, kos penggantian kereta, keperluan keluarga dan cara wang hasil jualan akan digunakan.
Menjual aset bukan matlamat.
Matlamatnya ialah memastikan setiap keputusan membantu mereka bergerak lebih dekat kepada kehidupan yang mereka mahukan.
Ada satu lagi perkara menarik dalam perbualan kami semalam.
Aku ada berkongsi tentang seorang klien lain yang dah mencapai financial freedom pada usia 48 tahun.
Dia kagum dengan pencapaian tu, tetapi dia rasa mungkin dia sendiri tak mampu mencapai tahap yang sama.
Jadi, kami buka semula angka-angka kewangan dia dan buat projection bersama-sama.
Kali ni, kami gunakan andaian yang agak konservatif:
– Gaji tak meningkat.
– Isteri berhenti kerja dalam masa dua tahun.
– Pulangan pelaburan 6% setahun.
Bila semua angka dimasukkan, hasil projection menunjukkan jumlah yang bakal dicapai hanya berbeza sekitar RM200,000 daripada klien yang dah mencapai financial freedom tadi.
Bila dia nampak sendiri angka tu, keyakinannya berubah.
Sebelum ni, dia nampak financial freedom sebagai sesuatu yang mungkin hanya mampu dicapai oleh orang lain.
Sekarang, dia boleh nampak laluan untuk dirinya sendiri.
Dan keyakinan tu bukan datang daripada aku sekadar cakap, โBoleh punya!โ
Dah beberapa kali sebelum ni, kami buat projection berdasarkan situasi kewangan dia. Bila tiba masa untuk semak semula, hasil sebenar menunjukkan dia berjaya mencapai sasaran yang pernah kami unjurkan.
Jadi, kali ni dia lebih yakin bahawa sasaran yang baharu ni pun, insya-Allah, boleh dicapai.
Inilah antara perkara yang aku suka tentang financial planning.
Kita bukan sekadar kira berapa banyak duit seseorang ada hari ni.
Kita tengok apa yang dia nak capai, apa yang menghalang dia, dan apa yang boleh diubah supaya perjalanan tu jadi lebih realistik.
Kadang-kadang, kita tak perlukan gaji yang lebih tinggi.
Kita tak semestinya perlukan pelaburan yang memberikan pulangan luar biasa.
Kita cuma perlu berani melihat semula keputusan yang kita buat hari ni, dan menilai sama ada keputusan tu masih membantu kita mencapai kehidupan yang kita mahukan.
Sebab akhirnya, financial freedom bukan sekadar tentang berapa banyak duit yang kita kumpul.
Ia tentang bagaimana kita menggunakan sumber yang ada untuk mendapatkan lebih banyak pilihan dalam hidup.
