rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

BERAPA JAM KITA KENA KERJA UNTUK BELI BENDA YANG KITA NAK?

Kita selalu buat bajet berdasarkan RM.

Gaji RM4,000.

Kereta RM1,000.

Rumah RM2,000.

Phone RM5,000.

Latte RM25.

Itu memang cara biasa kita tengok kewangan.

Tapi cuba tengok dari perspektif lain.

Bukan berapa RM benda tu kostet.

Tapi berapa JAM hidup kita yang diperlukan untuk membayarnya?

Contohnya, kalau seseorang berpendapatan RM4,000 sebulan dan kita kira berdasarkan 26 hari bekerja × 8 jam sehari:

RM4,000 ÷ 26 ÷ 8 = RM19.23 sejam.

Jadi:

☕ Latte RM25

= 1.3 jam kerja

🚗 Ansuran kereta RM1,000

= 52 jam kerja

🏠 Ansuran rumah RM2,000

= 104 jam kerja

📱 iPhone RM5,499

= 286 jam kerja

Tiba-tiba kita mula nampak sesuatu yang berbeza.

Sebab income kita sebenarnya sangat berkait dengan masa yang kita gunakan untuk menghasilkan income tersebut.

Dan semakin tinggi pengalaman, kemahiran dan competency kita, biasanya semakin tinggi nilai masa kita dalam pasaran.

Tapi nilai masa bukan sesuatu yang universal.

Satu jam masa seseorang mungkin bernilai RM20.

Satu jam orang lain mungkin RM200.

Ada yang RM2,000.

Ia bergantung kepada skills, experience, competency, demand dan siapa yang sanggup membayar untuk masa tersebut.

Sebab itu masa sebenarnya antara resource paling berharga yang kita ada.

Tak ada siapa yang dapat lebih daripada 24 jam sehari.

Dan yang paling penting…

Masa yang dah berlalu, kita tak boleh beli balik.

Jadi cuba kira sendiri.

Berapa nilai sejam masa anda?

Kemudian tengok setiap benda yang anda beli hari ini.

Bukan sekadar:

> “RM100 je.”

Tetapi:

> “Berapa jam hidup aku perlu bekerja untuk dapatkan RM100 ni?”

Dan perspektif ini bukan hanya tentang spending.

Bila kita menghabiskan berjam-jam doom scrolling, binge watching atau melakukan sesuatu yang langsung tak memberikan value kepada kita, ada juga opportunity cost terhadap masa tersebut.

Bukan bermaksud setiap jam yang kita tak bekerja adalah “membakar duit”.

Kita memang perlukan rehat, hiburan, masa dengan keluarga dan masa untuk diri sendiri.

Tapi kalau kita menukar masa yang berharga dengan sesuatu yang sebenarnya tak memberikan kita apa-apa value, sekurang-kurangnya kita patut sedar apa yang kita sedang trade-off.

Dan untuk active income, memang ada satu limitation:

Kita hanya ada masa yang terhad untuk bekerja.

Cara untuk mengurangkan kebergantungan kepada pertukaran masa → income adalah dengan membina assets yang boleh menghasilkan income atau growth tanpa kita perlu menukar setiap jam masa kita secara langsung dengan duit.

Sebab itu financial planning bukan sekadar:

“Macam mana nak tambah income?”

Tetapi juga:

“Apa yang kita buat dengan masa yang kita ada?”

Sebab akhirnya, kita bukan sekadar menghabiskan duit.

Kita sebenarnya menghabiskan sebahagian daripada hidup kita untuk mendapatkannya.

Mungkin perspektif ini akan buat kita tengok kewangan dengan cara yang sedikit berbeza selepas ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *