Sabtu lepas masa jumpa client, kita sembang pasal satu soalan yang nampak simple:
“How do you know you have enough?”
Dia jawab,
“Macam mana nak tahu dah cukup? Bila compare dengan Chinese friends atau families, they have more.”
Aku cakap,
You’re comparing apples with oranges.
“Cukup” untuk kau tak semestinya “cukup” untuk orang lain.
Cukup bergantung kepada:
– apa yang kau nak capai
– lifestyle yang kau nak
– tanggungjawab yang kau ada
– berapa banyak yang kau nak tinggalkan untuk anak-anak
– dan berapa banyak sebenarnya yang kau perlukan untuk rasa financially secure.
Bila semua itu dah ditentukan, dan kau dah capai apa yang kau perlukan…
That’s when you have arrived at “enough”.
Tapi bila dia specifically mention perbezaan antara Malay dan Chinese, aku share satu observation daripada apa yang aku nampak dalam client base aku.
Bukan semua orang sama. Ini generalisation based on observation, bukan rule.
Ramai orang Melayu bermula hampir dari zero dari segi generational wealth.
Bukan semestinya sebab income lebih rendah.
Bayangkan seorang Melayu dan seorang Cina.
Degree sama.
Kerja di audit firm yang sama.
Gaji pertama sama — katakan RM3,000.
Dua-dua umur 23.
Tapi selepas beberapa tahun, financial journey mereka boleh jadi sangat berbeza.
Contohnya, dalam observation aku:
Seorang mungkin berkahwin awal.
Jadi income yang sebelum ini boleh digunakan untuk wealth accumulation mula digunakan untuk wedding, rumah, kereta, anak dan household expenses.
Seorang lagi mungkin berkahwin awal 30s.
Sepanjang 20-an, lebih banyak disposable income boleh pergi kepada saving dan investing.
Ada yang masih tinggal dengan parents.
Ada yang gunakan kereta family yang sudah tidak digunakan.
Ada yang tak perlu rush untuk beli rumah kerana belum berkahwin.
Jadi mereka boleh accumulate assets lebih awal.
And compounding doesn’t care about race.
It rewards whoever starts earlier and stays invested longer.
Ada satu lagi perbezaan yang aku nampak.
Ramai Chinese clients yang aku jumpa melihat financial planning bukan hanya untuk “aku dan keluarga aku sekarang”, tetapi juga:
“Apa yang aku boleh tinggalkan untuk next generation?”
An asset.
A business.
A portfolio.
A fully paid house.
A financial foundation.
Sebaliknya, ramai clients Melayu yang aku jumpa lebih fokus kepada:
“Macam mana aku boleh pastikan anak aku cukup sampai habis belajar?”
Itu pun sudah satu financial responsibility yang besar.
Cuma horizon perancangannya mungkin berbeza.
Kemudian ada pula soal protection.
Daripada pengalaman aku bekerja dengan clients, aku memang nampak perbezaan dalam cara sesetengah families melihat insurance/takaful.
Ada yang melihatnya sebagai satu essential part of financial planning.
Ada yang hanya ambil bila sudah ada keperluan.
Dan bila protection tidak mencukupi, satu major illness atau premature death boleh wipe out years of wealth accumulation.
Kemudian soal investment.
Ramai orang Melayu ada akses kepada ASB.
It gives a relatively simple and familiar way to build wealth.
Jadi ada yang rasa:
“Dah ada ASB. Cukuplah.”
Sementara orang lain mungkin terdedah lebih awal kepada equities, unit trusts, ETFs atau business ownership.
Bukan sebab satu kaum lebih pandai.
The financial system and habits around them are different.
So bila kita tengok seseorang umur 50 tahun dan dia ada RM5 million…
Jangan terus assume:
“Dia lebih pandai manage duit daripada aku.”
Maybe dia started investing at 23.
Maybe he stayed with his parents for 10 years.
Maybe his parents already gave him a house.
Maybe he got a family business.
Maybe he inherited assets.
Maybe he didn’t have children until 35.
Maybe he has been investing consistently for 25 years.
Atau mungkin memang dia sangat disciplined.
We don’t know.
Sebab itu aku selalu remind clients:
Don’t compare your chapter 5 with someone else’s chapter 20.
And most importantly…
Don’t let someone else’s “more” make you feel that your “enough” is not enough.
Financial planning bukan pertandingan siapa paling banyak asset.
The objective is to figure out:
How much is enough for YOU?
Then build a plan to get there.
Because if you don’t define “enough”…
no amount will ever be enough.
