rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Pernah nampak berita yang Malaysia antara destinasi persaraan yang menarik di dunia?

Lepas tu nampak komen:

“Untuk siapa?”

Sebab bagi ramai orang Malaysia, bila dengar kos hidup RM8k, RM10k atau RM15k sebulan masa retirement, kita mungkin rasa:

“Mana cukup?”

Tapi sebenarnya, kedua-dua perspektif tu betul.

Cuma kita melihat daripada sudut yang berbeza.

Bagi orang yang datang dari negara dengan mata wang yang lebih kuat, Malaysia memang boleh jadi destinasi persaraan yang sangat menarik.

Kenapa?

1. Kemudahan yang kita ada memang bertaraf dunia.

Hospital swasta, shopping malls, public infrastructure, restaurants, internet, airports — banyak benda yang kita anggap biasa sebenarnya sangat bernilai kepada orang luar.

2. Standard of living berbanding kos hidup sangat menarik.

Mereka boleh dapat lifestyle yang selesa tanpa perlu membelanjakan jumlah yang sama seperti di negara asal.

3. Relatively safe dan stable.

Ini pun salah satu faktor yang menarik bagi retirees. Dalam laporan International Living 2026, Malaysia berada di tempat ke-3 dalam ranking keselamatan untuk pesara dan merupakan negara paling tinggi di Asia dalam kategori tersebut.

4. Education.

Kalau masih ada anak kecil, pilihan private dan international schools juga ada.

5. Long-term residency options.

Program seperti MM2H memberikan laluan untuk warga asing tinggal lebih lama di Malaysia, walaupun tentunya ada syarat dan kos yang perlu dipertimbangkan.

Contoh mudah.

Katakan seseorang bekerja di Germany.

Dia mungkin mempunyai €400,000 selepas 20 tahun bekerja dan menyimpan.

Kalau kita guna contoh mudah €1 ≈ RM5, jumlah itu bersamaan lebih kurang RM2 juta.

Kalau RM2 juta itu menghasilkan purata 5% setahun:

RM100,000 setahun

atau lebih kurang:

RM8,300 sebulan.

Untuk seseorang yang datang daripada negara dengan kos hidup yang jauh lebih tinggi, RM8,300 sebulan di Malaysia mungkin memberikan lifestyle yang jauh lebih selesa berbanding €1,667 sebulan di Germany.

Ini bukan bermaksud Malaysia sentiasa lebih murah dalam semua perkara.

Dan 5% itu pun bukan pulangan yang dijamin.

Tapi point dia adalah:

nilai duit bergantung kepada di mana kita membelanjakannya.

Dan sebenarnya, konsep yang sama boleh kita gunakan untuk diri kita sendiri.

Kalau kita tinggal di KL, Selangor atau Penang dan rasa kos hidup semakin tinggi…

kita sebenarnya ada pilihan.

Tak semestinya kena terus ke luar negara.

Kita boleh pindah ke bandar yang lebih kecil.

Atau balik kampung.

Rumah mungkin lebih murah.

Makan mungkin lebih murah.

Kos harian mungkin lebih rendah.

Dan RM yang sama mungkin boleh bertahan lebih lama.

Contohnya, seseorang mungkin rasa dia perlukan RM10,000 sebulan untuk hidup selesa di KL.

Tapi selepas bersara, kalau dia pindah ke tempat lain dan boleh hidup dengan RM6,000 sebulan, itu bukan sekadar beza RM4,000 sebulan.

Itu beza:

RM48,000 setahun.

Dan kalau duit retirement kita perlu bertahan 20–30 tahun, beza itu boleh jadi sangat besar.

Sebab itu bagi aku, financial freedom bukan semestinya bermaksud kita mesti ada duit yang sangat banyak.

Kadang-kadang financial freedom datang daripada mempunyai lebih banyak pilihan.

Nak terus duduk di bandar — boleh.

Nak duduk di kawasan yang lebih tenang — boleh.

Nak kerja lebih lama sebab memang suka kerja — boleh.

Nak kurangkan kerja dan spend lebih banyak masa dengan family — boleh.

Nak travel — boleh.

Nak hidup lebih simple — pun boleh.

Yang penting, kita ada pilihan.

Dan mungkin itu sebenarnya salah satu tujuan financial planning.

Bukan sekadar:

“Berapa banyak duit aku kena kumpul?”

Tetapi:

“Bila aku dah sampai satu tahap nanti, kehidupan macam mana yang aku nak jalani dan berapa sebenarnya kos untuk kehidupan itu?”

Sebab mungkin kita tak perlukan RM10 juta untuk bersara dengan selesa.

Mungkin kita cuma perlu tahu di mana kita nak hidup, bagaimana kita nak hidup, dan berapa yang kita perlukan untuk sustain kehidupan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *