rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Sebenarnya ambil takaful ni satu pilihan, bukan satu kewajipan.

Siapa nak ambil, ambillah. Siapa tak nak, tak perlu. Tak payah paksa sesiapa. Duit dia, hidup dia, keputusan dia.

Dengan klien pun, perspektif aku sama.

Sebagai seorang financial planner, kerja aku adalah bagi nasihat berdasarkan keadaan kewangan dan risiko yang dia hadapi. Bukan kerja aku untuk paksa dia ikut apa yang aku cakap. Lepas semua maklumat diberi, keputusan tetap di tangan dia.

Setiap kali ada kes orang tak dapat buat tuntutan takaful, memang laju viral. Ramai kongsi, ramai komen, macam-macam cerita keluar.

Tapi bila ada cerita orang berjaya buat tuntutan dan kewangan keluarga dia terselamat sebab pampasan yang diterima, selalunya sambutan tak semeriah berita yang negatif.

Aku pula jenis yang tak suka cakap tak serupa bikin.

Apa yang aku nasihatkan kepada klien, itulah juga yang aku buat untuk diri sendiri.

Aku sendiri ada perlindungan:

– Life RM2 juta

– TPD RM2 juta

– Critical Illness RM500,000

Caruman lebih kurang RM1,000 sebulan.

Kalau semata-mata nak dapat komisen, tak logik aku nak bayar sebanyak itu setiap bulan guna duit sendiri. Jadi FAR pun bukannya aku ada MOC yang kena maintain.

Aku pilih sebab aku sendiri dah tengok macam mana hidup keluarga klien berubah apabila tuntutan diluluskan. Ada yang dapat teruskan kehidupan, bayar komitmen, besarkan anak-anak dan tak perlu jual aset ketika diuji.

Medical card pula aku ambil untuk satu keluarga.

Semua ahli keluarga aku dah pernah gunakan, cuma aku seorang saja yang belum pernah.

Dan sejujurnya, aku harap aku tak perlu guna sampai akhir hayat.

Aku tak rasa rugi pun bayar setiap bulan. Dalam takaful ada konsep tabarru’. Dari awal lagi aku dah niat, kalau aku tak guna, semoga caruman itu menjadi manfaat kepada peserta lain yang sedang diuji.

Sekali lagi, aku tak paksa sesiapa.

Duit aku, hidup aku, keputusan aku.

Kalau bagi korang takaful penting, ambillah.

Kalau rasa tak perlu, itu juga hak masing-masing.

Tapi kalau korang betul-betul percaya takaful ni scam atau menipu, kemudian korang yakinkan orang lain supaya tak ambil perlindungan…

Kalau suatu hari nanti berlaku sesuatu kepada mereka kerana mereka ikut nasihat itu, harap jangan lepaskan tangan begitu saja.

Kalau berani mempengaruhi keputusan orang, beranilah juga memikul tanggungjawab apabila keputusan itu membawa akibat.

Sebab bila musibah datang, yang paling mahal bukan premium takaful.

Yang paling mahal ialah kos untuk menanggung risiko tanpa sebarang perlindungan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *