Ramai yang nampak leverage sebagai jalan cepat untuk gandakan keuntungan.
Hakikatnya, leverage bermaksud menggunakan duit orang lain (Other People’s Money – OPM) untuk melabur.
Di Korea Selatan, undang-undang membenarkan pelabur melabur dalam leveraged ETF sehingga 2x. Maksudnya, dengan modal RM100, anda boleh mendapat pendedahan pelaburan bernilai RM200.
Kalau pasaran naik, memang seronok. Keuntungan menjadi lebih besar daripada pelaburan biasa.
Tetapi bila pasaran jatuh, kerugian juga berganda.
Apabila nilai pelaburan jatuh melepasi tahap tertentu, broker akan membuat margin call. Anda perlu tambah modal. Kalau tidak, pegangan akan dijual secara automatik.
Inilah yang berlaku di Korea baru-baru ini. Apabila ramai pelabur menggunakan leverage, kejatuhan pasaran mencetuskan margin call secara besar-besaran. Broker terpaksa menjual saham untuk melindungi pinjaman mereka. Jualan paksa ini menyebabkan harga jatuh lebih teruk, lalu mencetuskan lebih banyak margin call. Ia menjadi satu kitaran yang mempercepatkan kejatuhan pasaran.
Prinsip ini bukan terhad kepada leveraged ETF sahaja.
Apa sahaja pelaburan yang menggunakan Other People’s Money (OPM) mempunyai risiko yang sama. Sama ada margin financing, pinjaman untuk melabur, atau instrumen leverage yang lain.
Semasa pasaran sedang menaik, semuanya nampak hebat. Ramai rasa mereka bijak kerana keuntungan datang dengan cepat.
Tetapi apabila pasaran bergerak melawan anda, leverage boleh menjadi senjata yang memusnahkan kekayaan.
Sebab itu, sebelum menggunakan leverage, tanya diri sendiri satu soalan:
Kalau pelaburan ini jatuh 30%, 40% atau 50%, adakah saya masih mampu bertahan tanpa mengorbankan simpanan persaraan atau matlamat kewangan saya?
Jangan biarkan keinginan untuk mempercepatkan pulangan akhirnya mempercepatkan kehancuran kewangan sendiri.
