Daripada pengalaman aku uruskan kes klien, tak semua claim yang ditolak bermaksud memang tak layak.
Biasanya ia berlaku sebab beberapa perkara:
• Tak declare maklumat dengan betul semasa permohonan. (Yang ni memang paling susah nak dibantu kalau melibatkan non-disclosure.)
• Tak ikut proses yang ditetapkan.
• Dokumen atau maklumat tak lengkap, atau ada kesilapan dalam laporan. Contohnya doktor tersalah tulis diagnosis atau butiran dalam medical report.
• Pihak syarikat belum meluluskan claim dan perlukan semakan atau rayuan lanjut.
Selain kes non-disclosure, kebanyakan kes lain masih ada ruang untuk diperbetulkan kalau kita tahu prosesnya.
Aku sendiri pernah bantu klien yang claim MRTT ditolak selepas disahkan strok. Kami semak sebab penolakan, buat rayuan langkah demi langkah, dan akhirnya claim diluluskan.
Pernah juga ada klien yang permohonan Guarantee Letter (GL) tak lepas. Kami minta dia bayar dahulu, simpan semua resit, kemudian buat pay & claim. Alhamdulillah, berjaya juga.
Jadi kalau claim ditolak, jangan terus mengalah.
Langkah yang aku selalu cadangkan:
1. Tanya dengan jelas apa sebab claim ditolak.
2. Kalau isu itu boleh diperbetulkan, sediakan apa sahaja dokumen atau maklumat tambahan yang diminta.
3. Jika masih tak selesai, escalate kepada pihak pengurusan syarikat dan jelaskan situasi dengan lengkap.
4. Jika masih tiada penyelesaian, balas emel dan masukkan Bank Negara Malaysia sebagai pihak yang dimaklumkan. Dalam banyak kes, isu akan diberi perhatian dengan lebih serius pada peringkat ini.
5. Kalau masih buntu, bawa kes kepada Financial Markets Ombudsman Service (FMOS). Saluran ini memang diwujudkan oleh regulator untuk membantu pengguna menyelesaikan pertikaian dengan institusi kewangan.
Yang penting, jangan terus anggap “claim kena reject” bermaksud noktah.
Fahami dahulu sebabnya. Banyak kes sebenarnya boleh diselesaikan jika ikut proses yang betul dan buat susulan dengan konsisten.
Peringatan: Kalau punca penolakan ialah maklumat yang tidak diisytiharkan dengan jujur semasa permohonan, proses rayuan memang jauh lebih sukar dan dalam banyak keadaan keputusan asal akan dikekalkan. Sebab itu, dari awal lagi, pastikan semua maklumat kesihatan dan kewangan diisytiharkan dengan tepat.
