rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

“Rafiq, RM8,000 sebulan untuk retirement macam tak cukup je…”

Itu ayat pertama seorang klien masa appointment baru-baru ni.

Asalnya kami berjumpa untuk bincang pasal portfolio pelaburan dia. Objektif utama ialah ambil untung (take profit) daripada pelaburan yang dah naik dan reallocate ke asset class lain supaya portfolio kekal seimbang.

Tapi macam biasa, sebelum masuk topik kewangan, sembang dulu.

Dia tanya pasal trip saya ke Shanghai dan Bangkok. Saya cakap terus terang, secara peribadi saya rasa dua-dua tempat tu mungkin first dan last trip untuk saya. Bukan sebab tak cantik, cuma tak kena dengan citarasa saya.

Bila dia tahu saya baru balik Bangkok, dia pun mula tanya apa yang best, tempat mana menarik, apa yang patut buat sebab dia akan ke sana untuk conference. Ada masa lapang, tapi belum ada itinerary. Jadi saya kongsi saja pengalaman sendiri supaya dia ada sedikit idea bila sampai nanti.

Lepas tu barulah masuk topik retirement.

Dia tanya,

“Cukup ke RM8,000 sebulan (nilai hari ini) untuk retirement nanti? Lagi 5 tahun je.”

Saya senyum.

Saya cakap, “Dengan lifestyle sekarang, sebenarnya cukup.”

Sebab saya dah tahu cashflow dia.

Selepas tolak cukai, zakat, KWSP, simpanan dan ansuran kereta, lebih kurang RM8,000 sebulan memang itulah jumlah yang dia belanjakan. Dalam tu dah termasuk makan, hobi, shopping dan perbelanjaan lain.

Kalau hari ini dia hidup selesa dengan RM8,000, secara logiknya jumlah itu juga boleh menjadi asas keperluan semasa persaraan.

Tapi saya ingatkan dia satu perkara.

“Dua tahun lepas kita dah revise target retirement awak kepada RM12,000 sebulan.”

Masa tu sebab apa?

Sebab berdasarkan pelan asal, dia sebenarnya sudah pun berada di landasan yang betul untuk capai sasaran RM8,000 sebulan pada umur persaraan.

Jadi saya tanya dia, kalau semua dah on track, nak berhenti setakat itu sahaja atau nak upgrade gaya hidup masa retirement nanti?

Dia jawab dia nak lebih menikmati hidup.

Nak travel lebih kerap.

Nak makan di tempat yang lebih selesa.

Nak ada lebih banyak pilihan tanpa perlu fikir sangat pasal duit.

Sebab itu kami naikkan sasaran kepada RM12,000 sebulan.

Ya, memang bila sasaran dinaikkan akan nampak ada sedikit jurang.

Tetapi jurang itu langsung tidak merisaukan.

Masih ada 5 tahun lagi.

Projection yang kami gunakan pun konservatif. Pulangan pelaburan dianggarkan lebih rendah daripada prestasi sebenar, dan langsung tidak mengambil kira bonus atau pendapatan tambahan yang mungkin diterima.

Bila dia dengar semula semua itu, terus nampak lega.

Dia siap bergurau,

“Kalau RM8,000 pun dah selesa, RM12,000 ni kira hidup mewah sikitlah masa retirement.”

Saya pun jawab,

“Lebih kepada ada lebih banyak pilihan.”

Akhirnya dia bersetuju dengan cadangan untuk mengambil keuntungan daripada pelaburan sedia ada dan mengagihkan semula ke portfolio baharu yang lebih sesuai dengan objektif persaraan dia. Proses redeem pun dah dibuat, dan bila dana masuk nanti, kami akan teruskan dengan pelaburan yang baharu.

Ramai orang fikir soalan paling penting dalam retirement ialah,

“Berapa duit yang saya perlukan?”

Pada saya, soalan yang lebih penting ialah,

“Gaya hidup macam mana yang saya nak bila dah tak bekerja nanti?”

Sebab angka RM8,000 mungkin lebih daripada cukup untuk seseorang.

Tetapi mungkin masih tidak mencukupi untuk orang lain.

Retirement planning bukan tentang mencari satu angka yang sesuai untuk semua orang.

Ia tentang membina kewangan yang mampu menyokong kehidupan yang kita sendiri impikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *