rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

“Betul ke lepas sesi discovery hari ni Encik Rafiq tak akan follow up dengan saya?”

Soalan ni ditanya oleh seorang prospek masa sesi discovery tadi, sebelum kami habiskan perbincangan.

Saya jawab,

“Ya, memang saya tak follow up.”

Sebab sepanjang sesi tadi saya dah terangkan apa itu financial planning, apa skop servis yang saya akan buat, macam mana prosesnya berjalan, berapa fee yang dikenakan, dan apa yang encik boleh jangkakan kalau kita bekerjasama.

Pada tahap itu, saya tak rasa ada lagi maklumat tambahan yang boleh saya bagi untuk mengubah keputusan encik.

Kalau encik tak hubungi saya semula, saya cuma akan anggap encik belum berminat atau belum bersedia.

By the way, rekod paling lama prospek datang balik kepada saya untuk proceed ialah 7 tahun selepas sesi discovery pertama.

Jadi saya memang percaya…

Kalau dah rezeki saya, insyaAllah tak akan ke mana.

Dia senyum dan jawab,

“Ok Encik Rafiq, saya faham. InsyaAllah saya akan bagi keputusan secepat mungkin. Saya dah faham servis yang encik akan beri dan fee yang saya kena bayar. Cuma saya nak fikir dulu dan bincang dengan isteri.”

Saya cuma jawab,

“Ok, take your time.”

Saya memang tak suka memaksa orang menjadi klien.

Financial planning bukan sekadar sign engagement letter. Yang lebih penting ialah kesediaan untuk berubah.

Kalau seseorang belum bersedia, walaupun saya sediakan analisis yang lengkap dan beri recommendation yang terbaik, akhirnya tindakan tetap tak diambil.

Kalau recommendation hanya duduk dalam fail tanpa action, macam mana keadaan kewangan nak berubah?

Sebab itu saya tak follow up prospek.

Bukan sebab saya tak perlukan klien.

Tetapi saya nak orang yang datang memang benar-benar bersedia untuk memulakan perjalanan memperbaiki kewangan mereka.

Akhirnya, ini bukan tentang mencapai impian saya.

Ini tentang mencapai impian mereka.

Bukan duit saya yang akan terkesan jika mereka tangguh.

Bukan kehidupan saya yang akan berubah jika mereka tak ambil tindakan.

Bila seseorang benar-benar dah bersedia, biasanya mereka sendiri akan kembali.

Dan apabila mereka datang semula, barulah perjalanan itu boleh bermula dengan komitmen yang betul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *