Ada tengok satu video ni. Dia cakap ramai orang yang pergi Jepun akan balik dengan cerita yang sama.
“Bestnya Jepun. Kalau boleh nak pergi lagi.”
Dia pun kongsi satu pengalaman. Tengah malam dia pergi Family Mart nak cari satu barang. Bila barang tu habis stok, cashier tu bukan sekadar cakap “tak ada”. Dia siap offer nak tunjuk outlet lain yang berdekatan supaya dia boleh dapatkan barang yang dia cari.
Lepas pengalaman tu, dia sedar sesuatu.
Apa yang buat dia seronok pergi Jepun bukan semata-mata tempat atau makanan. Tetapi cara orang di sana melayan orang lain.
Orang berhemah.
Orang bertanggungjawab.
Orang ambil berat tentang kerja mereka.
Orang cuba memudahkan urusan orang lain.
Tapi dia cakap satu perkara yang menarik.
Ramai orang suka pengalaman yang mereka dapat di Jepun, tetapi tak ramai yang sanggup melakukan perkara yang sama kepada orang lain apabila mereka balik ke tempat sendiri.
Kita suka bila orang buat baik dengan kita.
Tapi adakah kita buat baik kepada orang lain?
Kita suka bila orang sabar dengan kita.
Tapi adakah kita sabar apabila berurusan dengan orang lain?
Kita nak orang bagi servis yang bagus kepada kita.
Tapi bila giliran kita memberi servis, adakah kita beri yang terbaik?
Kita tak suka orang ambil kesempatan atas kita.
Tapi adakah kita pernah ambil kesempatan atas orang lain?
Kita nak orang respon mesej kita dengan cepat.
Tapi berapa kali kita nampak mesej masuk, baca, dan sengaja tangguhkan balasan walaupun sebenarnya boleh jawab?
Kita suka bila orang beratur.
Tapi bila keadaan memihak kepada kita, adakah kita masih ikut giliran?
Hakikatnya, masyarakat yang baik tidak terbina kerana semua orang menuntut hak mereka.
Ia terbina apabila ramai orang menjalankan tanggungjawab mereka.
Ramai orang mahu menikmati hasil daripada masyarakat yang baik.
Tetapi masyarakat yang baik wujud apabila orang ramai sanggup menjadi penyumbang kepada kebaikan itu.
Kita tak boleh asyik mahu menerima tanpa memberi.
Sebab community yang baik, society yang baik, bukan terhasil daripada orang yang sentiasa bertanya:
“Apa yang aku boleh dapat?”
Tetapi daripada orang yang selalu bertanya:
“Apa yang aku boleh sumbangkan?”
