Kasih sayang ibu bapa kepada anak memang besar. Tapi pada saya, kasih sayang tanpa batas kadang-kadang boleh bertukar menjadi sesuatu yang memanjangkan masalah.
Sebab orang yang ada tabiat berhutang tanpa kawalan selalunya tidak berubah hanya kerana hutang itu diselesaikan. Kalau punca masalah tidak diubah, hutang lama selesai, hutang baru pula muncul.
Saya pernah jumpa seorang klien yang terlibat dengan hutang ah long akibat ketagihan judi. Kali pertama, mak dan pakciknya bergabung untuk selesaikan hutang tersebut.
Tak lama kemudian, perkara yang sama berulang.
Kenapa?
Sebab kali pertama dia belajar bahawa apabila keadaan menjadi terlalu teruk, akan ada orang datang menyelamatkan dia.
Kali kedua, keluarga buat keputusan yang berbeza. Mereka tidak bayarkan hutang itu. Sebaliknya mereka bayar saya sebagai financial planner untuk bantu dia susun semula kewangan, faham punca masalah, dan belajar uruskan akibat daripada keputusan sendiri.
Itu jauh lebih susah.
Tapi itu juga yang lebih membantu dalam jangka panjang.
Saya juga ada seorang klien yang memang suka travel.
Pada tahun 2018, dia datang dan beritahu:
“Rafiq, saya nak berhenti kerja dan mengembara seluruh dunia selama dua tahun. Boleh tak tolong saya rancang?”
Perbincangan kami bukan tentang pinjaman peribadi atau kad kredit.
Kami bincang:
Berapa banyak duit yang perlu dikumpulkan sebelum berhenti kerja.
Macam mana nak kurangkan komitmen bulanan di Malaysia.
Di mana nak simpan duit supaya masih boleh diakses dari luar negara.
Macam mana nak pastikan dana persaraan tidak diganggu.
Macam mana nak pastikan tabung haji dan matlamat kewangan lain masih berada di landasan yang betul.
Rancangannya nak travel bermula tahun 2020.
Lepas tu MCO pula berlaku.
Bila sempadan dibuka semula, dia terus bergerak. Akhirnya berjaya mengembara lebih dua tahun setengah sebelum pulang ke Malaysia dan menyambung kerjaya di tempat lain.
Itu pun travel seluruh dunia.
Bezanya, seorang mengembara menggunakan hutang dan mengharapkan orang lain menyelamatkan keadaan.
Seorang lagi mengembara menggunakan perancangan dan menanggung sendiri kos keputusannya.
Ramai orang nampak destinasi yang sama.
Tapi yang membezakan hasil akhirnya bukan ke mana kita pergi.
Ia bermula dengan bagaimana kita membayarnya.
