Tadi jumpa satu prospek baru yang berminat nak ambil servis financial planning.
Macam biasa, saya explain proses, skop servis, fi, dan macam mana perancangan kewangan dibuat. Di hujung sesi dia cakap nak fikir dulu dan akan bagi keputusan esok.
Lepas lebih kurang dua jam, dia WhatsApp semula.
Dia kata dia nak engage, tapi sebelum tu dia nak verify dulu semua lesen dan kelayakan, sebab dia pernah ada pengalaman buruk sebelum ini.
Saya terus balas, “Silakan. Memang itu hak anda sebagai pelanggan.”
Saya langsung tak terasa hati. Malah saya gembira.
Sebenarnya, inilah yang sepatutnya setiap orang buat sebelum melantik mana-mana financial planner, financial advisor, ejen pelaburan atau ejen takaful.
Jangan hanya percaya pada:
– Ramai followers.
– Gaya hidup mewah.
– Pandai bercakap.
– Kawan yang recommend.
Semak dulu sama ada individu tersebut benar-benar berlesen dan diberi kuasa untuk menawarkan perkhidmatan yang mereka buat.
Kalau seseorang marah atau mengelak bila diminta tunjuk lesen atau kelayakan, itu sendiri patut menjadi satu “red flag”.
Industri kewangan banyak bergantung kepada kepercayaan. Dan kepercayaan bukan dibina dengan kata-kata semata-mata, tetapi dengan ketelusan.
Sebagai seorang Licensed Financial Planner, saya memang menggalakkan bakal klien buat due diligence.
Lebih ramai orang tahu cara menyemak lesen dan kelayakan, lebih sukar untuk individu yang menyamar atau menawarkan servis tanpa kebenaran mengambil kesempatan ke atas orang ramai.
Jadi kalau anda nak mendapatkan nasihat kewangan, jangan segan untuk bertanya:
“Encik/Cik berlesen di bawah siapa? Boleh saya semak lesen tersebut?”
Itu bukan biadab.
Itu adalah langkah pertama untuk melindungi diri dan kewangan anda.

