rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

“Bila klien tak nampak progress, walaupun sebenarnya banyak”

Annual Review session dengan seorang klien pagi tadi (public holiday pun kerja 😄).

Klien ni dah hampir setahun bekerja di US. Tahun lepas, sebelum berpindah, dia hubungi saya untuk mendapatkan khidmat financial planning.

Masa itu keadaan kewangan dia agak mencabar.

Cashflow negatif.

Savings hampir tiada.

Selepas setahun di sana, dia datang untuk annual review.

Perasaan dia?

“Rasa macam keadaan kewangan saya tak banyak berubah.”

Tambah pula sekarang ada isu visa dan perancangan keluarga (mereka sedang TTC), jadi dia mula fikir untuk kembali bekerja di Malaysia.

Dalam annual review, kita tak bercakap berdasarkan perasaan.

Kita bercakap berdasarkan data.

Bila semua angka dikemas kini, hasilnya agak menarik.

✅ Aset meningkat hampir RM33,000.

✅ Hutang berkurang lebih RM40,000.

✅ Net worth meningkat hampir RM72,000 (daripada sekitar RM14k kepada RM86k).

✅ Semua hutang kad kredit telah diselesaikan.

✅ Dalam masa yang sama, hampir RM20,000 dibelanjakan untuk rawatan TTC isteri.

Sebenarnya, mengikut projection cashflow yang dibuat tahun lepas, lebihan tunai yang sepatutnya terkumpul hanyalah sekitar RM55,000.

Maksudnya, apa yang dia capai sebenarnya hampir tepat dengan perancangan asal.

Bila saya tunjuk semua angka ini, reaksi dia terus berubah.

Baru dia sedar yang sebenarnya dia sudah membuat kemajuan yang sangat besar.

Kemudian kami bincang satu lagi perkara yang menarik.

Dia kata dia rasa macam langsung tak menyimpan.

Rupanya semua duit simpanan dimasukkan ke dalam satu akaun.

Bila keluar duit dalam jumlah besar untuk tujuan tertentu, otak dia rasa semua simpanan “hilang”.

Sedangkan duit itu memang sedang digunakan untuk objektif yang telah dirancang.

Jadi saya cadangkan supaya setiap simpanan ada tujuan yang jelas dan diasingkan mengikut objektif.

Contohnya:

– Dana kecemasan.

– Dana rawatan.

– Dana balik Malaysia.

– Dana pelaburan.

Bila setiap ringgit ada “nama”, lebih mudah kita nampak kemajuan yang sebenar.

Kemudian kami buat simulasi jika dia pulang bekerja di Malaysia sekarang dengan gaji sekitar RM7,000.

Hasilnya?

Cashflow akan kembali defisit sekitar RM1,000 sebulan (sebelum ada anak).

Sebaliknya, jika dia sambung lagi 18 bulan sehingga kontrak dan visa tamat, besar kemungkinan dia boleh:

• Selesaikan personal loan.

• Selesaikan pinjaman kereta.

• Selesaikan PTPTN.

• Mempunyai cashflow positif sekitar RM1,000 sebulan selepas kembali ke Malaysia.

• Mengumpul tambahan sekitar RM150k–RM200k sebelum pulang.

Barulah bila balik nanti, gaji RM7,000 itu lebih “cukup-cukup selesa”, bukan sekadar cukup untuk bertahan.

Kadang-kadang masalah terbesar bukan kita tak buat progress.

Tetapi kita tak nampak progress yang sebenarnya.

Sebab itu annual review bukan sekadar update nombor.

Ia membantu kita melihat sejauh mana perjalanan yang telah dilalui, menilai sama ada pelan masih relevan, dan membuat keputusan besar berdasarkan fakta, bukan emosi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *