rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Isteri beli baju Raya RM 400++ untuk diri sendiri tapi beli baju RM 60 jer untuk suami

Masa aku nampak post ni, aku dah agak mesti ramai komen akan mengata tukang asal post post ni.

Tapi untuk aku, aku takde rasa ada apa2 yang salah pun pasal apa yang dia tulis.

Kenapa aku rasa tak salah?

Satu, dia tolong suami dia jimatkan duit. Kalau dua2 beli baju RM 400, dah kena keluar RM 800++, sekarang dah jimat RM 360 at least. Tu keputusan kewangan yang bijak, lagi2 baju Raya tu bukannya pakai selalu pun. Baju perempuan selalunya lagi mahal berbanding baju lelaki pun. Macam baju Raya aku pun beli dekat Shoppee jer. Tak sampai RM 100 pun. Isteri aku yang tolong carikan, sebab nak matching kaler. Aku ok jer… tak rasa dia tak hormat aku dengan beli baju yang lagi murah dari baju yang dia beli untuk diri dia sendiri.

Kedua, sebagai seorang lelaki, aku secara peribadi tak kisah pun ada baju Raya ke tak. Kalau pakai baju Raya tahun2 sebelum ni pun ok. Aku tengah tunggu sampai masa boleh recyle baju2 Raya tahun sebelum ni, supaya tak yah beli baju Raya baru. Semua baju tu pun muat lagi dan elok lagi. Sebab lelaki ni lain kehendak dia dari perempuan pun. Diaorang nak kena bergaya dengan baju baru, lelaki kebanyakan tak kisah pun.

Ketiga, antara nafkah wajib yang lelaki kena sediakan untuk isteri dia adalah pakaian. Kalau si isteri pilih nak beli baju Raya (yang lelaki dia mampu), belikan jerlah. Biarlah diaorang seronok dapat beli baju Raya yang baru, yang cantik. Setahun sekali jer pun.

Last, orang kecam penulis asal post ni sebab nampak macam dia melebihkan diri dia dari suami. Macam aku cakap, dia kemungkinan besar beli baju guna duit suami dia. Kalau suami dia sendiri tak bising pasal beli baju yang murah, kenapa kita nak kecam dia. Ntah2, dia dah bincang pun dengan suami dia, dan suami dia ok jer.

Dah2 lah yer nak kecam orang. Sempena Hari Raya Aidilfitri ni, kita simpan lah perasaan kita nak mengecam orang buat hari ni dan di masa2 akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *