rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Jurang Purata Pendapatan Etnik Bumiputera dan Cina Semakin Melebar

Nampak chart ni semalam. Fikir banyak kali juga sama ada nak komen ke tak, sebab ada banyak perspektif yang perlu di kupas.

Pertama, dari segi statistik, menggunakan purata dan bukan median (aku benci kelas statistik dekat sekolah dulu) kurang tepat.Sebab purata ambil jumlah pendapatan bahagi bilangan setiap kaum. Penggunaan statistik yang lagi tepat adalah median.

Aku bagi contoh

Katakan, kita ada data 5 orang macam yang berikut

RM 1,000, RM 2,000, RM 3,000, RM 4,000, RM 10,000

Kalau purata, dia jadi RM 4,000.

Kalau median, dia jadi RM 3,000.

Ada beza dekat situ. Ni contoh basic, tapi kalau kita tengok median untuk data tahun 2024 tu, dia tunjuk yang

Bumiputera median: RM6,559

Cina median: RM8,886

India median: RM7,934

Memang data median pun tunjuk yang kaum Cina dan India punya media lagi tinggi dari kaum Bumiputera tapi ‘jurang’ dia betul ke melebar?

Kedua, bila cakap jurang makin lebar, kenapa fokus kepada Cina sahaja berbanding Melayu? Kenapa tak fokus dekat semua kaum?

Beza purata tahun 1974-2024 mengikut kaum

Cina RM 10,960

India RM 9,433

Bumiputera RM 7,978

Kalau ikut sini dua2 kaum India dan Cina naik lagi banyak dari kaum Bumiputera sejak 1974 kalau kita guna purata. Jadi patutnya, title chart ni cakap jurang perbezaan kaum Bumiputera dan kaum2 lain makin melebar dari fokus kepada kaum Cina sahaja.

Jadi apa fokus orang yang buat chart asal ni bila hasilkan chart ni dan buat title mcm tu?

Ketiga, macam mana pula dari segi kenaikan tahunan? Bukan dari jumlah mutlak tapi dari peratusan kenaikan (CAGR)?

Kalau kita tengok dari sudut annualized growth (kadar pertumbuhan tahunan) dari 1974 hingga 2024 berdasarkan angka dalam chart:

Bumiputera: RM242 → RM8,220 = ~7.2% setahun

Cina: RM534 → RM11,494 = ~6.4% setahun

India: RM408 → RM9,841 = ~6.6% setahun

Maksudnya?

Secara peratusan, pendapatan isi rumah Bumiputera sebenarnya berkembang lebih laju.

Keempat, sebab data ni ambik pendapatan seisi rumah. Ni berdasarkan pengamatan aku, tapi aku berminat juga nak tahu secara fakta betul ke tak, sebab pendapatan seisi rumah ambil pendapatan suami dan isteri kan.

Pada pengetahuan aku, kalau ikut kaum Cina dan India, banyak memang dual income household, maksudnya kedua2 suami dan isteri bekerja. Tapi untuk kaum Bumiputera, lagi2 Melayu, yang aku tahu (mungkin tak betul), banyak single income household, maksudnya selalunya hanya suami bekerja.

Kalau betul pengamatan aku ni, logik lah data ni, sebab kita tak bandingkan benda yang 100% sama. Tapi ni pengamatan aku lah.

Jadi, apa kesimpulannya?

Sebagai seorang perancang kewangan, kerja aku hari2 memang buat analisa berdasarkan data. Cuma fokus aku adalah kepada individu.

Memang kalau pendapatan lagi tinggi, kebarangkalian nak hidup lagi selesa tu adalah lebih tinggi juga sebab secara logiknya, kita ada duit lebih dari orang lain.

Cuma, dari segi realitinya, ada duit lebih tak bermaksud kita lagi selesa sebab kebanyakan rakyat Malaysia secara amnya, berhutang keliling pinggang. Malaysia antara negara yang mempunyai hutang seisi rumah ikut peratusan yang paling tinggi berbanding negara lain.

Kalau untuk aku secara peribadi, kalau aku tengok data ni, aku akan fokus kepada apa yang aku boleh buat supaya pendapatan seisi rumah aku lebih dari apa yang tertulis dekat chart ni sebab data dekat chart ni takde impak secara terus dekat kewangan peribadi aku.

Ye lah, kalau cakap kaum Bumiputera purata dia RM 8,220 sebulan pun, kalau income bulanan ko RM 30,000, ada efek ke?

Nak tunggu kerajaan keluarkan polisi baru untuk bantu aku naikkan pendapatan bulanan aku?

Aku takde berharap sangat, sebab tu bukan benda yang aku boleh kawal, tapi kalau diaorang ada buat apa2 polisi yang dapat membantu, aku akan bersyukur sebab dapat bantuan untuk jadi lagi baik dari sekarang.

Tapi sementara tunggu itu berlaku, aku tetap akan fokus pada benda yang aku boleh kawal:

– tambah income

– urus hutang

– bina simpanan

– mula melabur

– lindungi keluarga

– kumpul aset

– rancang persaraan

– urus harta pusaka

Sebab akhirnya…

Perdebatan tentang jurang pendapatan mungkin menarik di media sosial.

Tapi yang lebih penting ialah: apa langkah yang kita ambil untuk ubah kedudukan kewangan keluarga kita sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *