Salah siapa sebenarnya?
Salah insurance company ke?
Dah boleh remove kot concept utmost good faith dalam SOP. Dengan konsep utmost good faith, insurance / takaful company harap klien / ejen declare semua benda, xde sembunyi2. Tapi ada lah sebahagian yang tak declare. Ada yang terlepas pandang, which is fair tapi ada juga yang memang sengaja.
5-6 tahun dulu aku dah tulis pasal benda ni. Klien nak apply takaful dengan aku kena reject, tapi bila dengan ejen lepas mudah. Lepas check polisi dokumen, ejen declare yang berat klien lagi rendah dari yang sebenarnya dan tinggi dia lagi tinggi supaya BMI dia rendah. Sebab tu lepas.
Tapi klien ada bukti dia declare berat dan tinggi yang betul, dan komplen dekat syarikat takaful. Polisi tu dibatalkan dan duit tu refund balik. Apa jadi dekat ejen tu, wallahualam.
Salah ejen ke?
Ya dan tidak. Ejen patut di latih betul2 oleh pihak syarikat takaful dan upline supaya tak buat benda2 macam ni.
Tapi ada juga yang walaupun tahu masih buat. Asalkan lepas. Dapat incentive menang trip lagi penting. Misselling banyak jer nampak dekat media sosial ni. Tapi tanggungjawab aku bukan pada ejen. Apa diaorang buat, pandai2 lah bertanggungjawab. Tanggungjawab aku dekat klien, tapi bukan semua lah, klien aku jer.
Jadi salah pemegang polisi ke?
Ada sebahagian dari orang yang apply kena juga bertanggungjawab.
Ada yang tahu kena declare, tapi tanya boleh tak, kalau tak declare. Kalau klien aku tanya mcm ni, aku cakap takyah apply. Sebab aku tak nak terlibat dalam percubaan untuk menipu.
Ada yang tak tahu kena declare, sebab jahil. Sebab ada ejen approach, cerita yang manis2. Sebab termakan approach, diaorang pun ambik, lepas tu masa benda dah terjadi, nak claim, takleh, cari ejen, tak respond dah. Ntah2 dah bukan jadi ejen pun.
Untuk golongan yang pertama, mcm aku cakap, aku taknak terlibat. Pandai2 lah korang.
Untuk golongan kedua, rajin2 kan lah membaca, rujuk kepada yang arif dalam bidang ni. Aku menulis hari2 pasal bab kewangan ni bukan sebab nak klien pun, tak tulis pun klien datang sebab referral. Tapi aku share nak bagi korang celik kewangan. Tapi kalau hati masih tertutup untuk nak belajar, orang share ilmu banyak macam mana pun, benda takkan berubah.
Untuk siapa2 yang pernah ada isu claim takaful ke insurans ke, cuba check balik, kenapa claim korang kena reject. Kalau isu dia dari awal korang x declare, kenapa tak declare masa apply dulu?
Sebab lagi senang nak blame orang kan bila benda jadi masalah kan?
