Dulu masa kerja makan gaji, setengah2 syarikat ada polisi suami dan isteri takleh kerja dekat department sama. Ada juga yang takleh nak kerja syarikat yang sama. Pernah dengar kawan2 kerja Petronas dulu yang ada satu masa suami dengan isteri takleh kerja dengan Petronas pada waktu yang sama, tapi sekarang dah boleh dah.
Aku taknak komen pasal polisi tu sangat, tapi dari segi kewangan, suami isteri kerja syarikat yang sama adalah risiko yang tinggi, lagi2 utk syarikat SME. Kalau syarikat2 besar macam MNC, GLC mungkin risiko dia kurang.
Sebab contoh yang jadi ni lah. Bila syarikat tutup, dua2 hilang kerja pada masa yang sama. Tambah lagi isteri tengah sarat mengandung dah 6 bulan pula tu.
Jadi apa yang diaorang boleh buat?
1. Pergi SOCSO claim EIS, dapat lah sebahagian dari pendapatan untuk tanggung perbelanjaan selama 6 bulan. Nak suruh dapatkan pampasan dari syarikat taktau lah diaorang mampu bayar ke tak, tapi cuba juga dapatkan, minta tolong JTK.
2. Pergi AKPK untuk restructure hutang, jangan peduli pasal takleh buat hutang baru. Janji dapat kurangkan kos sara hidup.
3. Kalau ada polisi takaful, check dengan ejen kalau boleh ambik contribution holiday, kalau tak review balik sama ada mampu untuk teruskan ke tak for now
4. Review balik perbelanjaan, benda2 yang boleh potong, potong dulu, benda yang takleh buat apa2 maintain
5. Kalau ada emergency savings, masa ni lah nak pakai.
6. Dua2 kena usaha cari kerja, mungkin si isteri susah sikit nak dapat sebab dah nak beranak, tapi suami patut takde isu. Dapat kerja cukup untuk cover belanja (kurang dari gaji skrg) pun ok jer, better dpt dari xde apa2. Bila ada masa boleh usaha cari solution yang lagi permanent.
7. Mungkin cari side hustle supaya boleh dapat pendapatan tambahan supaya kewangan kurang stress
8. Pergi approach pusat zakat negeri tengok apa yang tang diaorang dapat bantu, tak salah pergi cuba.
Saya doakan pasangan ni berjaya dapat keluar dari dugaan yang diaorang lalui sekarang. Adalah hikmah kenapa benda ni terjadi.
