rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

🔹 RM 100k → RM 500k dalam 5 tahun

Baru habis cashflow review session dengan satu couple client.
Income mereka sekitar RM 17k sebulan, simpanan cair (liquid savings) ada lebih kurang RM 100k.

Masa mula engage dulu, cashflow agak ketat sebab lepas lahir anak kedua, income household menurun. Kad kredit cuma bayar minimum payment sahaja. Tapi lepas kita buat review penuh, alhamdulillah hutang kad kredit berjaya diselesaikan, dan mulai bulan 9 nanti cashflow bulanan akan positif.

Hari ni kita buat deep dive lagi — semak bajet bulanan line by line. Hasilnya, jumpa lagi tambahan RM 500 boleh dijimatkan tanpa ubah quality of life. Jadi sekarang mereka ada lebih kurang RM 1,300 surplus sebulan.

Kalau orang tengok surplus RM 1,300 → nampak kecil. Setahun baru RM 15,600. Tapi bila kita buat projection 5 tahun, campur semua saving channel yang mereka ada (SSPN, PRS, ASB financing + surplus baru), total savings ratio naik ke RM 3,450 sebulan.

👉 Dengan return sederhana 5% setahun, lepas 5 tahun jumlah terkumpul lebih kurang RM 362k (dari RM 100k sekarang).

Dan ini belum campur bonus tahunan.
Gaji suami RM 10k, bonus purata 3 bulan = RM 30k setahun. Selepas cukai ±RM 22.5k. Kalau separuh disimpan, itu tambahan ±RM 11k setahun. Dalam 5 tahun dengan return, jadi hampir RM 70k.

Total? Lebih kurang RM 432k. Kalau income meningkat dan saving rate naik, capai RM 500k dalam 5 tahun itu sangat realistik.

💡 Bezanya, masa mula-mula review, mereka nampak “RM 1,300 sebulan je”. Tapi bila kita tunjukkan projeksi jangka panjang, mereka nampak potensi sebenar.

Dan yang lebih best, sebab bonus dah tak perlu guna untuk bayar hutang, mereka boleh guna sebahagian untuk travel. Dengan ±RM 11k setahun, boleh bawa family jalan-jalan Asia Tenggara 2 kali setahun, atau sekali trip ke Jepun/Korea.

Itulah indahnya bila urus kewangan dengan betul.
✅ Jangka pendek: rasa lega, boleh travel, nikmati hidup.
✅ Jangka panjang: kekayaan terkumpul, capai financial goals.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *