rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Bila Klien Perlukan Lebih Daripada Sekadar Nombor

Pagi tadi saya jumpa seorang klien.
Dia tengah dilema besar.

Nak berhenti kerja… atau nak terus stay?

Sebagai financial planner, tugas saya bukan untuk buat keputusan bagi pihak klien.

Keputusan hidup — kerjaya, rumah tangga, hubungan keluarga — semua tu di luar kawalan saya.

Tapi dalam setiap perbualan, saya selalu pastikan satu perkara:

Apa saja keputusan awak nanti… saya akan pastikan kesan kewangan dari keputusan tu seminimum mungkin.

Contohnya dua tahun lepas.
Ada klien datang.
Tengah plan nak bercerai.

Awal-awal saya bagitahu,

“Ini bukan bidang saya. Saya boleh dengar, tapi keputusan tetap di tangan awak.”

Sebab bila dah bercerai nanti…
Ada harta sepencarian.
Ada nafkah anak-anak.
Dulu belanja gabung… lepas tu asing-asing.

Banyak benda kena fikir.

Dan selepas dia luah semua yang terbuku… saya bagi assurance yang sama:

“Tak kisah apa pun jadi, tugas saya adalah pastikan dari segi kewangan, semuanya manageable.”

Ada juga klien yang nak kahwin semula selepas kematian suami.
Bakal suami pula orang Malaysia yang ada green card, menetap di Amerika Syarikat.

Takkan kita nak halang orang yang nak buat masjid, kan?

Tapi bergantung pada apa keputusan dia nanti…
Akan ada implikasi besar terhadap cukai.

Sebab berbanding dengan Malaysia, AS mengenakan cukai ke atas dividen dari simpanan dan pelaburan.
Ramai orang tak tahu benda ni.

Di sinilah peranan kita bermula.

Ini cuma beberapa contoh.
Banyak lagi sebenarnya… tapi tak perlu nak cerita semua kat sini.

Yang penting, saya selalu ingat satu perkara:

  • Kita ada professional boundary.
  • Tapi kita juga perlu ada empathy.

Boleh dengar.
Boleh jadi tempat mereka luah rasa.

Tapi kita kena sedar limit kita.
Kita kena tahu peranan sebenar kita.

Kerana dalam hidup klien…

  • Ada benda yang kita tak boleh selesaikan.
  • Ada keputusan yang hanya mereka boleh buat.

Tapi untuk kesan kewangan dari keputusan tu… di situlah peranan kita bermula.

Untuk keputusan hidup, itu pilihan anda.
Untuk nak uruskan kesan terhadap kewangan klien, itu kerja kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *