Pernah masa awal2 jadi financial planner dulu, ada orang datang jumpa. Dia cakap dia nak polisi takaful perubatan sebab dia takde. Tapi lepas buat fact finding, nasihat saya dekat dia cakap xyah proceed dulu sebab simpanan kecemasan pun takde. Tambahan pula, dia kerja dengan TNB, satu keluarga TNB cover. Kalau dia proceed tu, minimum contribution bulan2 masa tu dalam RM 500 sebulan. Tapi sebab kita ada etika sebagai perancang kewangan, sebab tu kita bagi nasihat yang sesuai berdasarkan keadaan semasa beliau.
Dalam piramid kewangan yang ramai orang pernah share, langkah pertama adalah pastikan simpanan kecemasan mencukupi. Lepas tu, langkah kedua adalah perlindungan iaitu takaful.
Jadi kenapa pula takaful perubatan masuk kategori kehendak? Semua orang kan ada kebarangkalian akan sakit, jadi akan perlukan takaful perubatan.
Ya betul. Semua yang sihat akan ada kebarangkalian akan sakit di satu masa nanti, dan ya kalau ada takaful perubatan akan membantu kita. Tapi apa sebenarnya bantuan yang kita perolehi kalau ambil takaful perubatan tu?
Sebenarnya, kita akan jimatkan masa. Sebab kebanyakan jenis penyakit, boleh sahaja pergi klinik kesihatan dan hospital kerajaan. Boleh dapat treatment dengan harga kos yang murah tapi kena sabar lah tunggu turn kita untuk dapatkan rawatan. Jadi fungsi utama takaful perubatan adalah untuk jimatkan masa bukan untuk tolong dapatkan rawatan yang kita perlukan.
Ada juga situasi di mana kalau ada takaful perubatan, dia boleh tolong bayarkan kos2 tambahan yang hospital kerajaan tak cover. Tapi kebarangkalian ni adalah rendah sebenarnya.
Post ni bukan nak suruh siapa2 yang baca untuk tak ambil polisi takaful perubatan atau untuk siapa yang dah ada untuk pergi cancel polisi korang. Sama macam kehendak yang lain, kalau korang rasa benda tu penting dan korang mampu nak bayar, boleh jer proceed. Tak salah pun.
Cuma kalau korang ada kekangan kewangan, tengah cashflow negatif, hutang tengah banyak, dah buat kerja side hustle pun masih susah nak sustain. Boleh jer cancel polisi korang dulu kalau tak pun apply untuk contribution holiday (tengok terms and condition provider masing2).
Nanti bila dah stabil balik. Simpanan kecemasan dah cukup, ada lebihan dan korang nak ambil polisi tu, carilah ejen takaful untuk mulakan balik. Kalau dah ditakdirkan korang dah sakit, dan menyebabkan korang dah takleh ambik polisi baru tu, pergilah hospital kerajaan. Kalau ada duit yang kena top up dan takde kemampuan nak bayar, pergi jumpa pusat zakat, insyaallah diaorang boleh tolong.
Sebab kalau keadaan kewangan korang tak ok pun, lambat laun polisi tu akan lapse juga, jadi sama lah macam takde polisi betul tak?
Pelik kan? Orang yang boleh dapat pendapatan dari jual produk bagitau orang korang boleh jer tak ambil kalau korang nak ataupun ada kekangan. Tapi tu lah cara seorang perancang kewangan yang beretika bekerja. Bukan semua benda kita buat / nasihat kepada pastikan kita dapat manfaat. Yang penting, apa manfaat yang klien dapat dari nasihat kita.
P/S: Kalau mampu, buat lah apa2 korang nak. Macam aku, mungkin aku tak belanja yang tinggi untuk kereta, tapi sekali pergi beli grocery, boleh habis lebih RM 400+… siap ada beli Mamee lagi… duit aku kan, ikut suka lah aku nak buat apa ..hahaha
