Bila praktis jadi financial planner ni macam macam soalan klien tanya. Yang paling menarik orang pernah tanya adalah macam mana nak bersedia dari segi kewangan kalau jadi zombie apocalypse.
Nak tau jawapan dia? Boleh pergi website peribadi saya untuk search dan baca, kalau nak cari post dekat FB ni susah sikit.
Berbalik kepada topik asal.
Ramai juga klien yang tanya pasal topik ni, iaitu siapa nak jaga kita bila kita tua.
Bukan yang single jer ya, tapi yang dah berkahwin dan ada anak pun tanya soalan ni.
Saya personally, akan plan supaya kitaorang jaga diri sendiri. Maksudnya dengan perancangan, mempunyai kewangan yang cukup untuk uruskan diri sendiri tanpa menyusahkan anak2 bila dah tua nanti. Kalau diaorang nak jaga, itu terpulang dekat diaorang.
Kalau perlu join senior retirement facilities (panggil rumah orang tua macam kurang best sikit), skrg ni pun dah makin banyak pilihan. Ada yang bayar dalam RM 5,000 ke RM 10,000 sebulan.
Ada klien saya berpakat juga, nanti nak masuk tempat macam ni dengan kawan2 rapat. Jadi ada geng nak lepak sama2 bila dah tua nanti.
Pernah juga baca, ada satu couple ni naik cruise sepanjang tahun sebab lagi murah dah duduk retirement home.
Semua ni adalah pilihan, kita boleh rancang dan doakan yang terbaik kalau umur kita panjang nanti.
