rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Rafiq, macam mana nak explain dekat kawan2 pasal your service?

Tadi jumpa klien yang dah engage dari 2018. Dari skeptikal jadi antara klien yang paling setia. Dari masih bekerja sampai dah capai financial freedom. Dah banyak dah lalui pengalaman dengan klien ni.

Masa lepas update pasal dia punya portfolio pelaburan, dia tanya soalan ni.

“Rafiq, macam mana explain and yakinkan my friends to meet up and engage with you as your clients.?”

Kenapa ye?

“Dah ramai dah yang dah jumpa, kita sembang2 pasal kewangan, dan i cerita to them my experience engaging with you. Ramai macam interested, tapi setakat ni takde plak yang dah jumpa with you kan?”

A’ah. Yang a few you pernah share sebelum ni, selagi ni takde yang pernah approach lagi. Tapi ini benda yang sama some of my other clients pernah share. Diaorang happy bila dapat share dengan kawan2 pasal their experience engaging with a financial planner dan kawan2 seronok and Interested nak know more. Tapi lepas tu, ramai yang bagi feedback, takde action dari diaorang punya kawan.

“Oh, bukan I sorang experience benda ni ke?

Nope… benda ni normal. Mungkin your friends mmg interested bila you share. Tapi kalau diaorang punya problem, or keperluan nak jumpa financial planner tu tak sampai lagi, diaorang takkan ambik the next step. Bukannya diaorang tak faham the benefit yang diaorang dapat, tapi sebab tak sampai masa dia lagi.

Pernah ada satu klien ni share pasal experience ni to her closest friends, ada 4 orang. Within 1 month, all her friends contacted me dan semua jadi my client.

“Oh, kenapa pulak macam tu, apa beza dia?”

Klien ni, I pernah cerita to you. Ingat tak klien yang ambik 2 years career break nak travel around the world tu?

“Ingat, ingat… power dia boleh tak kerja dah siap jalan2 keliling dunia.”

Yes, klien ni cerita dekat kawan2 dia pasal decision dia berhenti kerja sebelum reach 40 yrs old dan nak jalan2 keliling dunia untuk 2 tahun. Kawan2 dia tanya soalan simple, macam mana dia berani buat keputusan tu. Jawapan dia simple, aku ada engage financial planner dan dia yang tolong rancangkan kewangan aku supaya benda ni jadi kenyataan.

Sebab tu, kawan2 buat keputusan untuk approach, sebab diaorang pun ada keinginan nak tahu macam mana kawan diaorang yang seorang ni boleh berjaya capai impian dia.

“Oh… ok faham dah sekarang Maksudnya aku just kena terus sharing dengan kawan2 aku sampai diaorang ada kesedaran untuk jumpa you dan tahu lebih lanjut pasal benefits of engaging a financial planner”.

Yepp.. as simple as that.

Lepas tu kitaorang sembang pasal benda lain. Tapi memang benda ni benda normal. Ye lah, financial planning ni benda baru untuk ramai orang. Dah lah baru, ada fee lagi. Memang orang akan ambil masa untuk decide nak jumpa first time untuk engage pun. Tu tak kira lagi masa yang dia ambil nak buat keputusan lepas tu.

Personally aku memang jenis tak kejar sales. Kalau ada upline memang dah kena ceramah motivasi dah. Tapi alhamdulillah dalam tak kejar sales tu pun, prospek dengan klien tak putus2 lagi datang tiap2 bulan. Cuma sama ada sempat jumpa atau tak jer.

Kalau orang lain nak cuba tak follow up, silakan. Tapi kalau korang masih mengejar pendapatan, approach ni mungkin kurang sesuai kot.. kena tunggu dah established sikit… tapi in the end, kena percaya semua rezeki ni datang dari Allah. Kalau rezeki tu dsh tertulis untuk kita, insyaallah dia akan sampai, cuma beza dia cepat atau lambat jer.

P/S: Gambar dengan rakan2 satu industri masa gi Beijing hari tu. Diaorang semangat nak ikut tema. Aku? Macam biasa lah, takde semangat nak buat benda ni haha.. janji semua orang bahagia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *