Baru-baru ni, seorang client saya kongsi sesuatu yang menyentuh hati.
Anak perempuannya baru sahaja berkahwin β satu-satunya anak perempuan yang dia ada.
Sebagai seorang ibu, dia tak mahu anaknya ulang kesilapan kewangan yang pernah dia sendiri lalui dulu.
Sebab itu, dia buat keputusan untuk hadiahkan sesuatu yang lain daripada kebiasaan:
π bayaran engagement perancangan kewangan untuk setahun, untuk hadiah perkahwinan anaknya.
Alasannya jelas.
Beliau tahu, masalah kewangan adalah antara punca utama penceraian di mana-mana saja, termasuk Malaysia.
Jadi, dia nak pastikan anak dan menantunya bermula dengan sistem yang betul dari awal rumah tangga β satu bentuk unfair advantage untuk mereka.
Bila dengar cerita ni, saya terus teringat pengalaman sendiri 20 tahun lepas.
Masa kumpul duit hantaran, saya cadangkan pada bakal isteri:
π βBoleh tak kalau kita invest duit ni dalam unit amanah, biar dia boleh grow untuk masa depan kita?β
Dan dia setuju.
Bagi saya, tindakan si ibu tadi sama konsepnya.
Macam pepatah: βInstead of giving someone a fish, teach them how to fish.β
Hadiah dia bukan sekadar untuk sehari, tapi ilmu & panduan yang akan jadi bekalan sepanjang perkahwinan.
π‘ Bayangkan kalau lebih ramai pasangan muda dapat mula rumah tangga dengan asas kewangan yang kukuh β berapa banyak hati & keluarga yang boleh kita selamatkan?
