rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

“Burnout: Bila Duit Ada, Jiwa Tetap Perlu Rehat”

Sekarang ni memang musim VSS (Voluntary Separation Scheme). Bermula dengan Petronas, dan sekarang ramai lagi syarikat yang lain juga ikut jejak. Ramai orang sebenarnya tak sedar benda ni tengah berlaku, sampai lah tiba-tiba sendiri atau pasangan yang terlibat.

Tapi yang nak cerita hari ni sebenarnya bukan pasal isu VSS, tapi isu lain. Pasal isu burnout.

Semalam saya sembang dengan seorang klien yang kena VSS bulan lepas. Pampasan pun dah masuk dalam akaun.

Mula-mula bila engage, soalan dia simple:
👉 Apa nak buat dengan duit VSS ni?
👉 Kalau saya kerja balik, berapa lama duit ni boleh tahan?
👉 Gaji baru nanti kena berapa supaya semua financial goals saya masih tercapai?

Lepas saya siapkan report dan present, klien ni tiba-tiba ubah fikiran. Dia tanya:
👉 “Kalau saya taknak kerja sampai umur 85, dengan sumber yang ada sekarang cukup ke?”
👉 “Berapa banyak saya boleh ambil keluar setiap bulan?”
👉 “Apa expenses yang saya kena adjust – kemahuan vs keperluan?”

Bila dia cakap macam tu, terus “HR antenna” saya dulu naik – ni jelas tanda burnout. Dia capable, dia power dalam kerja. Tapi jiwa dah penat. Dia perlukan masa untuk reset. Mungkin sekarang dia rasa macam taknak kerja dah, tapi mungkin lepas dah take sometime off, dia mungkin akan tukar fikiran di masa akan datang.

Pagi tadi pula, saya ada appointment dengan satu couple. Engagement tahun ke-2, sesi annual review.

Isteri dia baru tender resignation bulan lepas (selepas discuss dengan saya dalam sesi sebelum ni). Tapi semalam, suami dia pula dapat berita – VSS, pampasan 5 bulan gaji.

Isteri terus cakap depan saya: “Kalau macam ni, saya tarik balik resign saya lah kot?”

Tapi dari riak muka, nampak sangat dia tak rela. Sebab saya tahu kenapa dia nak berhenti kerja.

So saya check semula nombor:
✅ Pampasan VSS suami boleh cover minimum 5-7 bulan belanja, walaupun suami tak kerja sebab semua perbelanjaan keperluan bulanan memang suami yang tanggung.
✅ Simpanan yang berjaya mereka kumpul sepanjang 2 tahun engagement pula, cukup untuk tahan 2 tahun belanja (kalau fokus pada keperluan sahaja). Dia mula2 tak percaya. Tapi lepas saya run through the calculation dengan dia, dia mula yakin.

Saya cakap pada dia: Kalau awak betul-betul perlukan masa untuk fikir dan reset, boleh saja teruskan berhenti kerja. Tak perlu paksa diri untuk buat benda yang awak dah tak sanggup nak buat lagi.

Ambil masa ni untuk fikir apa nak buat lepas ni. Mana tahu jumpa benda yang kita lagi suka, dan isu nak tukar kerja setiap dua tiga tahun lepas ni sebab stress mungkin dah tak naik dah lepas ni.

Sebab kadang-kadang, kita lupa –
💡 Fakta yang kita bagus dalam kerja, tak bermaksud kita suka kerja tu.
Dan bila kita paksa diri buat sesuatu yang kita dah tak enjoy, lama-lama benda tu akan makan diri.

Saya sendiri pernah rasa benda tu.
9 tahun kerja makan gaji, tukar 4-5 kali kerja, tiap kali naik gaji & naik pangkat, tapi tetap rasa depressed. Perform? Yes. Happy? No.

Akhirnya saya ambil masa buat soul searching, buat solat istikharah, fikir masak-masak. Dan bila tiba masa, saya buat keputusan tukar haluan.

Alhamdulillah, dah 10 tahun saya jadi perancang kewangan. Tak pernah bosan, tak stress, masih bermotivasi nak tolong orang setiap hari. Income pun lebih baik daripada kerja makan gaji dulu.

Kadang-kadang, duit VSS bukan sekadar pampasan.
Ia boleh jadi tiket untuk reset hidup, lagi-lagi kalau kita dah sampai tahap burnout– kalau kita berani berhenti, fikir semula, dan ada perancangan kewangan yang jelas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *