rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Sibuk ≠ Produktif

Ramai orang selalu confuse pasal perbezaan antara dua benda ni. Sibuk dengan produktif tak semestinya sama. Kita boleh sibuk dan produktif, tapi kita juga boleh sibuk tapi langsung tak produktif.

Tahun lepas saya pernah discuss dengan seorang klien pasal workforce dia. Dia ada ramai pekerja, dan staff dia selalu bising kata banyak kerja.

Sebagai majikan yang baik, dia pun tambah lagi staff. Tapi peliknya… kerja tetap tak kurang. Malah report harian ambil masa dua hari nak siapkan. Overtime tiap bulan tinggi, tapi kerja masih tertunggak. (Majikan lain yang baca ni mesti boleh relate 👀)

Bila dia cerita semua tu, saya pun cadangkan buat satu exercise simple:

  1. Senaraikan kerja setiap staf – harian, mingguan, bulanan, suku tahun, tahunan.
  2. Anggar berapa jam diperlukan untuk setiap kerja tu.
  3. Tambah semua jam dan tengok workload sebenar staf tu.

Outcome bila dia buat?
➡️ Rata-rata staf tak sampai 50% workload pun. Banyak masa habis untuk benda lain… ada yang siap tengok drama Korea dekat office.
➡️ HR sendiri mengaku dia hanya ada 50% workload.
➡️ Staf yang buat OT rupanya declare lebih dari masa kerja sebenar.

Akhirnya bila majikan mula pantau, tindakan tatatertib diambil. Tapi bila staff kena buat kerja 100% dengan gaji sama, ada yang tak puas hati dan berhenti. Tinggal separuh je dari pekerja asal.

Menariknya, semua kerja yang dulu “sibuk tak sempat” tu, sekarang boleh siap on time. Report harian siap hari yang sama.

Dulu: sibuk tapi tak produktif.
Sekarang: sibuk tapi produktif.

Elon Musk pernah kata:
👉 “If you give yourself two hours to complete a task, it will take two hours—even if it could have been done in one.”

Maksudnya, kerja akan “mengembang” ikut masa yang kita beri. Kalau kita beri masa terlalu lama, kerja yang patut cepat jadi lambat.

Dan benda yang sama juga berlaku pada kita sebagai individu. Semua orang sibuk dengan kerja, keluarga, hobi, aktiviti sosial dan macam-macam lagi.

Tapi sesibuk mana pun kita, jangan sampai kita abaikan kewangan sendiri.
👉 Untuk klien perancangan kewangan kami, purata mereka cuma luangkan 2 hari setahun (sekitar 8 appointment) untuk pastikan kewangan mereka sentiasa berada di landasan yang betul.

Bayangkan — hanya 2 hari dalam setahun boleh ubah masa depan kewangan bertahun-tahun ke hadapan.

Sibuk itu biasa.
Produktif itu pilihan.
Dan kewangan — itu tanggungjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *