Menurut pakar dari UMK, perbelanjaan majlis kahwin di Malaysia kini berada antara RM 50,000 hingga RM 200,000, menjadikan ia antara yang tertinggi di ASEAN. Menurut iMoney pula, kos biasa boleh bermula dari RM 30,000 hingga ke atas RM 150,000, bergantung kepada vendor dan saiz acara
Cerita Peribadi & Refleksi Kewangan
Masa belajar dekat US dulu, saya kerja keras siang malam.
Bukan sekadar untuk survive sebagai pelajar, tapi sebab saya nak balik Malaysia dengan duit cukup untuk:
✅ Belanja kahwin – Ni pun keluar dalam RM 30,000 masa tu, siap cover semua.
✅ Bayar deposit kereta
✅ Buat downpayment rumah
Sebab saya tak nak susahkan parents, dan saya nak mulakan perkahwinan dengan asas kewangan yang lebih stabil.
Saya juga teringat satu scene dalam filem Bujang Lapok – jiran bilik sebelah Sudin merungut, “Dah lama kahwin, hutang masa kahwin pun tak habis bayar lagi.” Ikut realiti hari ni — ramai pun sanggup belanja puluh-puluh ribu demi satu majlis. Tapi lepas tu?
👉 Hutang bertahun-tahun
👉 Simpanan terpaksa korban
👉 Tekanan kewangan mula rosakkan rumah tangga
Perspektif Kewangan Bijak
Kajian luar negara pernah tunjuk yang pasangan yang belanja besar untuk majlis kahwin ada kecenderungan lebih tinggi untuk bercerai. Dan di Malaysia, walaupun tiada statistik spesifik tentang kos kahwin vs perceraian, kita tahu masalah kewangan adalah antara faktor utama perceraian.
Jadi… apakah pilihan yang lebih bijak?
📌 Kalau mampu — maksudnya sudah ada simpanan, dana kecemasan stabil, dan kewangan selepas kahwin tak terganggu — majlis besar tak salah. Ia adalah pilihan, bukan beban.
📌 Tapi kalau terpaksa berhutang?
…dan sampai tak ada simpanan kecemasan, kewangan sempit — itulah yang patut dielakkan untuk elak tekanan awal dalam kehidupan berumahtangga.
Kesimpulan Ringkas
Dari sudut perancangan kewangan, kahwin bukan penamat — ia permulaan. Majlis hanya sehari dua, tapi perkahwinan itu insyaAllah seumur hidup. Buat pilihan tenang dan rasional. Majlis sederhana pun boleh penuh barakah, asalkan tak bebankan diri dengan hutang panjang.
