Pagi tadi terbaca ada orang share pengalaman, duit dalam akaun bank dia RM9,500 hilang macam tu je.
Bukan sebab dia pergi shopping online.
Bukan sebab dia keluarkan sendiri.
Tapi sebab akaun bank kena hack.
Sejak semua benda dah digital — bank apps, e-wallet, QR pay — makin kerap kita dengar kes macam ni.
Punca biasa:
- Klik link palsu (phishing).
- Install apps yang sebenarnya spyware.
- Password sama untuk banyak akaun.
- Kongsi OTP tanpa sedar.
- Terpedaya dengan call scam konon-konon dari “bank” atau “mahkamah”.
💡 Apa kita boleh buat untuk elak jadi mangsa?
- Aktifkan 2FA / Secure TAC – jangan rely pada SMS OTP sahaja.
- Set limit transaksi harian – kalau bank benarkan, letak limit kecil (contoh RM3k).
- Jangan install apps pelik – terutamanya yang diminta orang tak dikenali.
- Password kena lain-lain – jangan recycle password sama.
- Gunakan device kedua untuk urusan bank – kalau mampu, asingkan phone khas untuk online banking.
- Peka dengan call scam – bank, polis, mahkamah takkan minta OTP atau password.
- Jangan simpan maklumat perbankan / kad kredit di mana-mana website shopping online sebab bila kena hack, mungkin maklumat kita akan terjejas juga.
🔒 Extra langkah bijak:
Selain semua tu, kita boleh juga asingkan duit:
- Simpan di tempat yang kurang online → Tabung Haji, ASNB, KWSP. Nak keluar kena berproses.
- Guna akaun berasingan → satu untuk belanja harian & bil, satu lagi khas simpanan.
- Turunkan baki dalam akaun transaksi → cukup untuk belanja bulanan saja, selebihnya park di tempat lain.
- Simpan sedikit cash fizikal → untuk kecemasan, supaya tak semua bergantung online.
📌 Kesimpulan:
Kita dah penat kerja, kumpul duit, kawal nafsu dari berbelanja lebih.
Sayangnya, kalau tak ambil langkah-langkah keselamatan digital & banking ni, duit tu boleh hilang sekelip mata.
Dalam dunia sekarang, keselamatan kewangan bukan sekadar simpan duit, tapi kena ada disiplin keselamatan digital & strategi simpanan juga.
