rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Listen but don’t judge, hidup kita semua tak sama

Baru-baru ni saya nampak satu screenshot perbualan —
Orang A kata dia tanya anak muda bawah 28 tahun, gaji sekitar RM 2,500:

“Ada buat part-time tak?”

Katanya 80% jawab takde. Terus dia tertanya, budak-budak sekarang buat apa lepas balik kerja? Main game online ke?

Orang B pun balas:

“Kalau prinsip kau nak kerja 21 jam sehari, 3 jam je rehat, itu kau punya pasal la. Ada orang nak work-life balance. Komitmen tak sama. Kalau tak cukup, pandai-pandailah cari jalan. Kau tu buat part-time, spend time tak dengan anak?”

Saya baca dua-dua pandangan ni… terus teringat satu komik yang saya pernah baca.

Cerita dia macam ni —
Ada seorang bisnesman dari bandar, datang ke kampung. Dia nampak seorang nelayan tengah berehat di pantai, mungkin dah habis kerja.
Bisnesman tu pun tanya, kenapa tak kerja kuat lagi? Supaya boleh beli bot yang lebih besar.
Nelayan tanya: “Untuk apa?”
Supaya boleh tangkap lebih banyak ikan, dapat lagi banyak duit.
Nelayan tanya lagi: “Untuk apa?”
Supaya boleh beli lebih banyak bot, hire pekerja, tangkap lebih banyak ikan.
Nelayan tanya lagi: “Untuk apa?”
Supaya bila dah kaya, boleh rehat dan buat benda yang kita suka.
Nelayan tu pun senyum: “Saya dah buat benda tu sekarang.”

Dari segi perancangan kewangan, setiap orang ada situasi, keutamaan, dan nilai hidup yang berbeza.
Ada orang memang enjoy kerja lebih masa dan kejar income maksimum.
Ada orang pula sanggup hidup sederhana asalkan masa dengan keluarga, kesihatan, dan jiwa terjaga.
Kedua-duanya valid — asalkan kita sedar pilihan kita dan faham kesannya kepada kewangan masa depan.

Kuncinya: jangan ikut jalan orang lain bulat-bulat.
Fahami destinasi kewangan kita, baru tentukan gear dan halaju hidup kita sendiri.
Takyah nak cepat judge pilihan orang. Tu hidup dia, mungkin dia ada sebab tersendiri kenapa dia pilih begitu.

Saya pernah ada klien yang setiap dua tiga tahun tukar kerja.
Kenapa? Sebab dia ada hutang kad kredit yang banyak, dan dia tak bayar. Jadi dia kena kejar dengan debt collector.
Setiap kali debt collector jumpa dia kerja di mana, mereka akan datang ofis. Dia pun terpaksa hantar notis berhenti 24 jam, dan cari kerja baru.
Hasilnya, karier dia tak berkembang berbanding kawan-kawan yang start kerja sama-sama, sebab setiap kali cari kerja, dia terpaksa terima apa yang ada — desperate.

Selepas jumpa saya, kita buat pelan untuk dia urus situasi tu.
Bila dah tak perlu lari dari debt collector, barulah karier dan kewangan dia mula stabil dan berkembang.

Tadi pun saya baru jumpa klien first year
Pendapatan dia sekitar RM 60,000 setahun, tapi hampir semua habis untuk support keluarga bila ada yang sakit.
Sebab tu simpanan kosong.
Bukan dia taknak menyimpan… tapi memang tak mampu pada waktu tu.

Moralnya: kita tak boleh nampak orang tak buat part-time, terus cop “malas” atau “tak nak usaha”.
Kadang-kadang dia dah usaha cara lain, cuma kita tak nampak.
Kewangan ni lebih daripada sekadar kerja lebih = duit lebih. Ia tentang faham keadaan sendiri, dan buat pilihan yang sesuai dengan hidup kita. Takyah nak judge pilihan orang lain sebab kita tak tau kenapa diaorang pilih macam tu. Tapi kalau orang tu mintak nasihat, pertolongan dari kita, macam mana nak jadi lagi baik, masa tu kita bantu lah kalau kita boleh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *