Salah satu soalan paling biasa yang saya terima sebagai perancang kewangan adalah:
βKalau saya bagi awak urus pelaburan saya, berapa pulangan yang boleh saya dapat?β
Majoriti orang apabila mula berfikir tentang pengumpulan kekayaan, akan terus cari tempat yang beri pulangan tertinggi. Tapi realitinya, ramai yang hilang duit susah payah mereka kerana terlalu ghairah kejar pulangan tinggi yang belum tentu dicapai.
Sebenarnya, faktor paling penting untuk capai matlamat Kebebasan Kewangan adalah dengan tingkatkan jumlah yang anda boleh simpan dan laburkan secara konsisten.
Lihat gambar yang saya sertakan:
π RM1,500 sebulan pada pulangan 10% selama 5 tahun β RM116,155.61
π RM3,000 sebulan pada pulangan 5% selama 5 tahun β RM204,018.25
π‘ Menyimpan dua kali ganda jumlah walaupun pada kadar pulangan separuh, hasilnya lebih tinggi dalam masa 5 tahun.
βKalau ini faktor paling penting, kenapa ramai orang tak fokus pada ini?β
Jawapannya mudah:
Kebanyakan perantara kewangan TIDAK dibayar untuk bantu anda tambah jumlah simpanan.
Mereka dibayar dari jumlah pelaburan β melalui caj jualan dan yuran pengurusan tahunan.
Sedangkan jika mereka bantu anda urus aliran tunai dan tingkatkan simpanan bulanan, pelaburan anda akan bertambah, dan mereka pun dapat imbuhan lebih baik dalam jangka masa panjang.
Di Malaysia, hanya Perancang Kewangan Berlesen (Licensed Financial Planners) biasanya akan fokus bantu anda urus aliran tunai dan bajet secara menyeluruh β sebab mereka dibayar untuk buat kerja itu, bukan sekadar jual produk pelaburan.
Sebelum anda sibuk cari pulangan 10%β12%,
β
Cuba semak aliran tunai anda dulu.
β
Cari potensi simpanan tambahan.
β
Laburkan lebihan tersebut secara konsisten.
Anda mungkin akan terkejut dengan perbezaan yang boleh berlaku terhadap masa depan kewangan anda β tanpa perlu ambil risiko yang melampau.
Kalau anda nak tahu berapa banyak sebenarnya anda mampu simpan β dan bagaimana untuk mula β boleh saja mula dengan sesi perancangan kewangan yang menyeluruh.
