📌 Apa itu Unfair Advantage?
Ramai orang fikir untuk berjaya, cukup dengan kerja keras.
Tapi sebenarnya, kerja keras sahaja tak cukup.
Kita kena kenal dan gunakan unfair advantage kita masing-masing.
Unfair advantage bermaksud kelebihan peribadi atau kedudukan unik yang kita ada, yang orang lain susah atau hampir mustahil untuk tiru.
Ia bukan semata-mata bakat luar biasa, tapi gabungan:
✨ pengalaman hidup
✨ latar belakang
✨ personaliti
✨ peluang yang muncul
Konsep ni jadi popular lepas buku The Unfair Advantage (Ash Ali & Hasan Kubba) diterbitkan. Penulis tekankan yang kejayaan bukan sekadar kerja keras, tapi juga datang daripada “kad-kad istimewa” yang kita ada dalam hidup.
🎯 Framework MILES
Kelebihan ini boleh kita faham melalui 5 kategori utama:
- Money (Duit / Modal)
Ada simpanan, pelaburan, atau sokongan kewangan.
👉 Contoh: orang ada modal boleh ambil risiko lebih besar atau mulakan projek yang orang lain tak mampu. - Intelligence / Insight (Kepintaran / Pandangan Unik)
Cara fikir kreatif, kemampuan menyelesaikan masalah, atau insight terhadap sesuatu industri.
👉 Contoh: pengasas Airbnb nampak peluang bila orang susah cari tempat tinggal waktu acara besar. - Location / Luck (Lokasi / Tuah)
Duduk di tempat atau masa yang tepat.
👉 Contoh: duduk di Silicon Valley awal revolusi tech. - Education / Expertise (Ilmu / Kepakaran)
Pendidikan formal, sijil profesional, atau pengalaman industri.
👉 Contoh: seorang doktor yang minat tech buat startup healthtech dengan kredibiliti tinggi. - Status (Reputasi / Pengaruh)
Nama baik, kedudukan sosial, rangkaian hubungan, atau personal brand.
👉 Contoh: influencer yang dah ada pengikut senang nak pasarkan produk sendiri.
🌟 Contoh pengalaman saya sendiri masa mula jadi Financial Planner:
Masa saya mula dalam bidang perancangan kewangan, saya tengok balik, rupanya saya pun ada unfair advantage saya sendiri:
1. Money 💰
Saya dah siap sedia 2 tahun perbelanjaan hidup + modal bisnes.
Jadi saya boleh fokus 100% dalam bidang baru ni, tanpa risau nak bayar bil bulan depan.
2. Insight 💡
Masa saya buat sharing kewangan masa kerja dulu, ada peserta cakap,
“Seumur hidup saya, tak pernah belajar urus kewangan macam ni. Awak kena teruskan.”
Dari situ saya nampak ada gap besar dalam financial literacy dekat Malaysia.
3. Location / Luck 🍀
Masa saya tengah ambil CFP, FPAM baru luluskan exemption untuk module 1.
Disebabkan tu saya dapat cepatkan perjalanan, dan yang lebih penting — jumpa Sam Yeoh, yang akhirnya jadi partner saya di WVA.
4. Education / Expertise 📚
Saya ambil CFP sebab nak bina kredibiliti dalam industri.
Background MIT walaupun engineering, tetap bantu perception orang bahawa saya kompeten dan boleh dipercayai.
5. Status 🌐
Saya mula approach orang yang kenal saya dulu, sebab trust tu dah ada.
Pada masa sama, saya mula guna media sosial untuk bina status sebagai seseorang yang serius nak educate masyarakat tentang kewangan.
👉 Bila semua ni bergabung, lahirlah “unfair advantage” saya untuk mulakan perjalanan sebagai financial planner.
💭 Soalan untuk anda hari ini:
Apa unfair advantage yang anda ada sekarang, dan macam mana anda boleh gunakan ia untuk langkah seterusnya?
