rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Sepandai-pandai tupai melompat…

…akhirnya jatuh ke tanah juga.

Benda ni selalu betul dalam hidup kita.

Sebab bila kita menipu sekali, kita terpaksa reka lagi banyak cerita supaya tak terkantoi. Lama-lama, benda tu makin susah nak cover. Dan akhirnya… terkantoi juga.

Saya suka follow podcast politik US. Bukan sebab gossip, tapi sebab apa yang berlaku dekat sana boleh ada kesan pada pasaran saham & pelaburan klien saya.

Baru-baru ni, ada cerita panas pasal Epstein’s List.

Jeffrey Epstein ni orang yang uruskan rangkaian sex trafficking untuk bawah umur. Klien dia? Orang kaya, selebriti, ahli politik… termasuk Presiden US sekarang, yang masa bertanding dulu berjanji akan dedahkan list tu kalau dia menang pilihanraya.

Ramai rakyat sokong, sebab orang US ni banyak benda dia boleh kompromi… tapi bab orang ambil kesempatan terhadap budak bawah umur, dia memang tak kasi can.

Awal tahun ni, peguam negara US kata list tu ada atas meja dia, tunggu masa nak review.

Tiba-tiba beberapa bulan lepas, dia umum list tu tak wujud. Orang tanya, Presiden marah. Katanya semua dokumen tu hoax, ciptaan musuh politik.

Itulah cerita dia… sampai minggu lepas.

Bila 10 mangsa Epstein buat sidang media minta Congress keluarkan fail penuh, tiba-tiba Speaker of the House buat kenyataan baru: Presiden sebenarnya FBI informant untuk bantu tangkap Epstein.

Eh? Dulu kata hoax, sekarang jadi informant pula?

Nampak tak? Sekali menipu, lepas tu kena reka cerita lain. Lama-lama terbelit dengan cerita sendiri.

Dalam dunia kewangan pun sama.

Tahun 2015, saya tolong satu syarikat buat business turnaround.

Satu hari, owner dia tanya saya:
“En Rafiq, ada cara tak nak lari dari GST? Kawan-kawan usahawan saya pergi training, katanya boleh elak.”

Saya jawab terus-terang:
“Puan, masalah bisnes puan bukan GST. Masalahnya kos operasi tinggi, pricing salah, cashflow berterabur. GST ni ciput je. Kalau lari cukai, kena audit nanti, puan juga yang kena bayar penalti.”

Saya tak nak terlibat dengan benda-benda salah. Nak buat juga, buat sendiri. Saya fokus betulkan bisnes.

9 bulan kemudian, bisnes dia yang dulu rugi bertahun-tahun akhirnya mula buat untung. Tak payah pun menipu-menipu.

Tahun lepas, bila kerajaan umumkan e-invoicing, ada juga beberapa klien tanya:

“Macam mana nak elak bayar SST?”

Jawapan saya sama.

Buat cara betul. Sebab bila sekali kita menipu, makin lama makin banyak benda kena cover. Risiko makin tinggi bila terkantoi.

Sebagai financial planner, dari segi etika & undang-undang, kami memang tak boleh nasihat klien buat benda salah.

Dan dari segi keberkatan rezeki, bila kita ambil hak orang lain — walaupun kerajaan — hidup kita takkan tenang.

Hidup ni simple saja.

Bila buat benda betul, mungkin jalan nampak panjang sikit… tapi tidur kita malam tu lebih lena.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *