Petang tadi, on the way balik dari jumpa klien di Kuala Selangor, assistant saya tanya satu soalan:
“Dalam banyak-banyak kes, mana satu yang paling susah nak urus, En Rafiq?”
Dia dah ikut saya selama 14 bulan, banyak kes dia dah tengok — dari isu insurans tak cukup, pelaburan tak sesuai, sampai kes hutang keliling pinggang. Saya tanya dia balik:
“Agak-agak, klien jenis mana paling susah?”
Jawapan dia: “Kes hutang banyak.”
Saya senyum. Salah.
Yang paling susah — klien yang tak beri kerjasama.
Tak kira la dia ada aset ke tak, pendapatan tinggi ke rendah. Kalau dia tak nak berubah, tak komited, tak ikut tindakan yang disarankan — kita takkan ke mana.
Saya bagi contoh dua kes sebenar:
Dua-dua klien ada cashflow negatif.
Seorang takde aset langsung, seorang lagi ada aset.
Tapi yang lagi susah? Klien yang ada aset tu.
Kenapa? Sebab dari hari pertama sampai sekarang, tak ada satu pun tindakan. Advice dah diberi, pelan dah disusun, tapi zero follow-through.
Klien yang lagi satu — walaupun dulu hampir kena halau dari rumah, sekarang dah nampak improvement. Sebab dia ambil tindakan.
Kita bukan magician. Tak ada wand ajaib untuk ubah situasi kewangan klien kalau klien sendiri tak berubah.
Itulah sebab bila jumpa mana-mana prospek, saya akan cakap terus terang:
“Saya cuma boleh bantu kalau anda betul-betul nak dibantu. Komitmen anda lebih penting dari keadaan kewangan anda sekarang.”
Kerana dalam financial planning, mindset dan tindakan klien menentukan kejayaan, bukan sekadar pelan yang cantik.
P/S: Nampak tua betul dalam gambar ni… hahaha
