rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Gaji Ideal patut RM 5,000 ke atas, setuju ke tak? TLDR

Kalau tanya macam ni, macam dalam debat, mesti ada yang bagi reason kenapa kena RM 5,000 ke atas, dan ada yang akan bagi sebab kenapa tak boleh RM 5,000 ke atas.

Sebenarnya bila baca para pertama dia, agak confuse dengan mesej yang dia cuba sampaikan.

Dia cakap “Kadar Gaji Ideal dan bermaruah bagi kategori bujang mahupun keluarga yang memiliki dua anak septuatnya berada dalam lingkungan RM 5,000 ke atas, namun bergantung kepada lokasi sama ada menetap di bandar atau luar bandar”

Maksudnya, gaji ideal ada perbezaan berdasarkan lokasi, tapi tak beza berdasarkan status keluarga.

Tanggungjawab nak dapat gaji ideal / bermaruah ni terletak kepada majikan atau pekerja sebenarnya?

Sebagai seseorang yang pernah jadi pekerja, sekarang jadi majikan, dan jadi perancang kewangan, saya ada pendapat saya tersendiri dari beberapa perspektif.

Sebagai seorang pekerja, bila kita apply kerja, salah satu benda yang kita tengok adalah gaji yang di offer. Betul tak?

Bila kita dapat offer tu, kita ambik tak offer yang lagi rendah dari apa yang kita perlukan? Mungkin, kalau kita dalam keadaan yang terpaksa.

Masa makan gaji dulu, lepas tiga tahun gaji jadi RM 2,500 sebulan, masa tu ada plan nak dapat anak pertama, jadi bila kaji budget yang sedia ada, tak cukup, jadi kita buat keputusan untuk cari kerja lain.

Alhamduillah, dapat offer gaji naik jadi RM 3,500 sebulan. Lepas tukar kerja, dah stabil baru proceed dengan perancangan nak dapat anak pertama, dan lepas dapat berita yang wife dah pregnant, kita kerja lagi kuat, dan sebelum baby keluar, dapat promotion and gaji naik jadi RM 5,000 sebulan. Ni masa tahun 2008. Orang cakap rezeki anak, tapi nak rezeki kena usaha jugak.

Kalau kita tahu, gaji sekarang tak cukup, apa yang kita buat untuk bagi cukup / bermaruah? Stay dekat situ juga ke? Atau kita cari tempat lain? Kita usaha tak nak tambahkan skill kita yang sedia ada supaya syarikat baru sanggup nak offer lagi tinggi dari syarikat yang sedia ada? Ke kita bagi alasan, takde masa? Malas? etc?

Ada orang cakap kena buat side hustle untuk cukupkan pendapatan. Sorry, tak agree. Kalau gaji dari kerja hakiki kita tak cukup, kenapa kita nak cari solusi lain instead of focus on the root cause.

Lain lah kalau side hustle tu mmg kita plan untuk replace kerja kita sekarang.

Tu viewpoint dari segi pekerja.

Jom tengok viewpoint dari segi majikan pula.

Saya ada advice / coaching beberapa bisnes. Salah satu benda yang kita selalu sentuh adalah berkaitan pekerja.

Saya tak nafikan ada jer majikan yang dekat luar sana, yang nak income besar tapi nak bayar pekerja gaji kecik. Nanti boleh lah untung yang banyak kan.

Tapi kebanyakan yang saya jumpa, ok nak bayar gaji lebih, tapi nak produktiviti yang setimpal. Selalunya dapat banyak pekerja yang dapat gaji, tapi produktiviti kurang menyebabkan majikan kena tambah pekerja lagi nak ini mengurangkan duit yang setiap pekerja boleh dapat.

Ada satu client, pada satu masa dia ada dalam 15 staf, tapi kerja macam tak siap2. Nak minta report pun selalunya ambik 3-4 hari utk siapkan. Alasan staf, banyak kerja,

Majikan tanya saya macam mana. Saya cakap jom kita kenalpasti tugas setiap staff, dan berapa banyak masa dia spend untuk setiap task tu.

Lepas habis buat tu, majikan tu dapat kenalpasti yang banyak staf mencuri masa. Bukannya kerja banyak, tapi banyak masa habis bukan sebab kerja. Ada yang kantoi tengok korean drama waktu kerja. HR sendiri pun, masa start exercise tu, mengaku yang dia hanya 50% loaded.

Yang menariknya, lepas tu majikan tu kurangkan jumlah kerja jadi 8 orang. Kurang separuh terus. Tapi lepas kurang tu, tiba2 semua kerja boleh siap on time. Dah takde isu. Lepas tu, majikan pun revise gaji semua pekerja yang tinggal naik berbanding sebelum ni.

Gaji semua pekerja naik, tapi kos operasi bulanan syarikat turun. Tu kan win2 situation.

Ada lagi satu klien lagi. Lepas tahun pertama, revenue dia naik double .Tahun sebelum tu, dia takde pekerja pun. Lepas revenue dia naik, profit pun makin lebat.

Saya cadangkan dekat dia untuk naikkan gaji pekerja dia. Dia mula2 bantah, sebab dia tak nampak logik kenapa.

Saya tanya soalan simple jer dkt dia. Pekerja2 yang ada sekarang ni kalau diaorang decide untuk berenti kerja sebab gaji yang diaorang dapat tak cukup, kerja dia sebagai majikan jadi lagi senang atau lagi susah?

Dia jawab lagi susah. Dia dah mula goyang.

Saya tanya dia lagi, kalau dia sendiri jadi staf, dia mesti ada matlamat kewangan dia sendiri, nak kahwin, nak ada anak, nak beli rumah, beli kereta dan sebagainya. Kalau gaji yang dia dapat tak cukup, apa yang dia akan buat?

Dia cakap dia akan berenti kerja dan cari kerja lain. Dia cakap dia faham mesej yang cuba disampaikan.

Lepas tu dia naikkan gaji setiap staf yang sedia ada. Dua bulan lepas tu, dia bagitau, lepas naikkan gaji dan ada 1 on 1 dengan setiap staf untuk dapat tahu diaorang punya personal goals, dan share macam mana company boleh work together untuk capai semua tu, produktiviti semua staf naik. Diaorang siap bagi suggestions macam mana boleh kurangkan kos, improve efficiency and tambahkan revenue lagi.

Sejak hari tu, rasanya dah naik gaji 2 kali lagi, dan staf semua masih happy dan produktif. Company punya revenue pun dah naik sekali ganda lagi.

Perspektif terakhir yang nak share hari ni, adalah perspektif dari seorang perancang kewangan.

Sebagai seorang perancang kewangan, mmg hari2 tolong uruskan kewangan peribadi klien.

Antara topik yang selalu diperbincangkan adalah berkaitan aliran tunai.

Kalau aliran tunai klien tak cukup, dan kita pun dah habis bersilat untuk tolong betulkan apa yang boleh betulkan. Nak tak nak, klien akan di nasihati untuk start looking for additional income.

Ini boleh jadi short time side hustle, ataupun tukar kerja.

Tapi ada juga senario di mana aliran tunai klien ok. Tapi disebabkan matlamat yang dia set tu agak tinggi (realisitic tapi stretched), antara option yang klien kena buat keputusan adalah sama ada nak stay dekat kerja sekarang, atau cari kerja lain.

(Habislah lepas ni, HR company mesti ban financial planner jumpa klien, sebab tambahkan kerja diaorang).

Kerja perancang kewangan ni adalah buat analisis dan bagi option dekat klien. Kerja klien adalah buat keputusan.

Lepas klien buat keputusan, kalau decide nak tukar kerja, kita pun boleh tolong untuk review package baru yang dia dapat, sama ada dia patut ambik ker tak, atau pun macam mana nak nego balik dengan company baru tu.

Apa rumusan dia?

Kalau gaji kita tak cukup, jangan dok saja tak buat apa2. Keputusan dekat tangan kita. Kalau syarikat skrg tak mampu bayar gaji yang kita patut dapat, cari syarikat yang mampu.

Kalau takde syarikat nak offer gaji yang kita patut dapat, self reflect dulu, kenapa kita tak dapat gaji tu. Adakah kita tak layak? Atau kita mmg tak faham nilai kita dekat pasaran semasa.

Banyak kali pernah baca pasal isu pay gap based on gender, di mana the main argument adalah perempuan dapat gaji lagi rendah untuk setiap kerja yang dia apply berbanding lelaki.

Bila dengar tu aku gelak. Sebab kalau perempuan mmg dapat gaji lagi rendah berbanding dengan lelaki untuk kerja yang sama, semua majikan dekat dunia ni akan hire lagi banyak kerja perempuan, sebab kos dia lagi rendah betul tak? Tapi realiti dia tak macam tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *