“Alah, paper loss jer tu.”
Apa lagi ayat-ayat penyedap perasaan yang korang pernah dengar bila investment tengah merah?
Perbualan aku dengan klien sebenarnya agak berbeza sikit. Kenapa?
Sebab dari awal lagi, aku tak pernah promise returns. Mmg tak boleh guarantee returns pun.
Tapi klien faham, untuk mencapai financial goals diaorang, ada trade-off yang perlu dibuat.
Kalau nak potentially generate higher returns, dia kena sanggup mengambil managed risks. Tapi bila ambil risks, downside pun ada. Bukan semua masa market akan naik, bukan semua investment akan untung.
Kalau tak nak ambil additional risks, ada pilihan lain. Increase amount yang disimpan setiap bulan dengan mengurangkan expenses, ataupun increase income.
Bila investment rugi, mmg klien akan tanya kenapa.
Kita explain. Tak ada benda nak sembunyi pun. Kita discuss apa yang berlaku, reasoning behind it, sama ada investment tu masih sesuai dengan objective asal, dan apa options yang ada untuk actual situation diaorang sekarang.
Bukan sekadar nak sedapkan hati.
Sebab tugas aku bukan nak convince klien bahawa dia tak rugi. Tugas aku adalah membantu dia memahami apa yang berlaku, apa implikasinya dan apa pilihan yang dia ada untuk bergerak ke hadapan.
Simple.
So, sorry. Kalau ada orang cakap dekat korang yang korang sebenarnya tak rugi selagi tak jual, aku tak agree dengan perspective tu.
Rugi is rugi. Doesn’t matter whether it’s realized or unrealized.
Tak jual bukan bermaksud kerugian tu tak wujud. Cuma kerugian tu belum direalisasikan melalui transaksi jualan.
Dan dua benda tu tak sama.
