rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Jangan panik dulu bila dapat call dari ‘pihak berkuasa’

Ada kawan call sebab dia nak tanya, ada contact lawyer tak…

Kita pun tanya, kenapa?

Dia cerita, dia dapat call daripada collection agent yang claim dia ada hutang kad kredit dengan Citibank yang dia tak settle dulu.

Sekarang, katanya hutang tu dah diambil alih oleh UOB sebab UOB dah take over business Citibank di Malaysia.

Lagi teruk, orang tu siap cakap dia dah dapat court order yang membolehkan mereka ambil aset kawan aku sebab dia dah bankrupt.

Kawan aku dah mula gelabah.

First thing first, aku tanya dia, kau dah bankrupt ke?

Kalau betul dah bankrupt, biasanya ada proses undang-undang yang perlu dilalui. Bukan tiba-tiba collection agent call dan cakap dah ada court order, terus boleh ambil aset kau.

Lagi-lagi kalau kau tak pernah terima apa-apa surat atau notis berkaitan proceedings tu.

Aku suruh dia jangan panik dulu. Kalau nak confirm, check dulu.

Ada 2 tempat yang boleh dia mula:

  1. Insolvensi Malaysia

Buat insolvency search untuk check sama ada kau memang ada status bankrupt atau tak. Kos carian ni pun tak mahal, sekitar RM10 pada kadar yang aku tahu, tertakluk kepada caj semasa.

  1. CCRIS, CTOS atau RAMCI

Check rekod kredit kau. Tengok sama ada wujud hutang yang dikatakan tu, atau ada Special Attention Account (SAA) yang berkaitan.

Aku pernah jumpa kes orang check rekod kredit, hutang yang dia dituduh ada tu tak wujud pun. Tapi ada hutang lain yang dia tak pernah apply, tiba-tiba muncul dalam rekod.

That’s a story for a different time.

Lepas kawan aku check, confirm tak ada apa-apa isu berkaitan perkara yang orang tu claim.

Dari gelabah, terus dia relax.

Scammer ni memang suka create urgency.

Dia akan buat kau takut. Dia akan ugut nak ambil tindakan, nak sita aset, nak tangkap, nak saman, nak block akaun.

Kenapa?

Sebab bila kau panik, kau tak sempat fikir.

Bila kau tak sempat fikir, kau tak sempat verify.

Bila kau tak verify, kau mungkin terus ikut arahan dia. Transfer duit, bagi OTP, share maklumat peribadi atau buat benda yang akhirnya merugikan kau sendiri.

Dalam kes ni, kawan aku bernasib baik.

Dia kenal seorang financial planner yang boleh dia call untuk tanya dan dapatkan pandangan sebelum bertindak.

Sebab tu bagi aku, financial literacy bukan setakat tahu macam mana nak invest, nak save atau nak plan retirement.

Financial literacy juga bermaksud tahu apa nak buat bila berdepan dengan situasi yang kita tak pernah hadapi.

Dan kadang-kadang, perkara paling penting yang kita perlu buat bukanlah bertindak cepat.

Tapi berhenti sekejap, verify dan jangan buat keputusan ketika sedang panik.

Kalau ada orang call ugut kau dengan tindakan undang-undang, jangan terus percaya. Verify dulu melalui saluran rasmi.

Jangan bagi scammer peluang untuk buat keputusan bagi pihak kau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *