Sekarang memang tengah musim kena review balik status kewangan kita, especially berkaitan cukai dengan zakat sebab ada fixed deadline, iaitu 31 December nanti.
Sebenarnya banyak benda yang kita boleh buat untuk mengoptimumkan cukai kita, especially bagi orang yang berpendapatan tinggi.
Kalau rajin, boleh pergi tengok website LHDN, cari pasal pelepasan cukai. Setiap tahun LHDN akan update senarai pelepasan yang boleh kita claim.
Selain pelepasan untuk diri sendiri, ada juga pelepasan untuk isteri, anak-anak (anak OKU dan anak yang belajar di universiti biasanya ada pelepasan yang lebih tinggi), caruman EPF, caruman takaful hayat, perubatan, pendidikan dan macam-macam lagi.
Kalau kena gaya, boleh dapat RM30k ke RM40k pelepasan setahun yang boleh ditolak daripada jumlah pendapatan bercukai kita. Balance tu barulah dikenakan cukai berdasarkan kadar cukai yang ditentukan.
Aku nampak satu komen dekat FB yang share pasal pelepasan cukai. Which is bagus sebenarnya untuk pengetahuan orang ramai.
Tapi ada pula yang respon, katanya kebanyakan benda yang dikongsikan tu bukan keperluan.
Which is pada aku, agak pelik sebab kebanyakan tax relief yang ada sekarang memang lebih fokus kepada keperluan berbanding kemahuan. Cuma bezanya, sama ada kita mampu atau tak untuk memenuhi keperluan tersebut.
Tapi aku nak highlight point reply dia yang seterusnya.
Katanya, dulu boleh claim melancong. Sekarang kena beli buku pula.
Sejak bila melancong tu jadi keperluan? ![]()
Buku pula, boleh jadi keperluan, especially kalau kita ada anak-anak yang sedang belajar. Even untuk orang dewasa pun, membaca boleh jadi satu cara untuk kita tambah ilmu dan improve diri sendiri.
Then dia komen pasal simpan dekat SSPN pula. Katanya dah banyak savings lain yang kita ada.
Yang ni ramai sebenarnya terlepas pandang dari sudut financial planning.
Contoh, kalau korang dah ada RM8,000 dalam ASB, katakan pulangan tahunan sekitar 5% lebih selepas mengambil kira zakat, korang akan dapat pulangan sekitar RM400 setahun.
Tapi kalau korang transfer RM8,000 tu ke SSPN Prime, dengan andaian kadar pulangan SSPN sekitar 4% setahun, pulangan daripada simpanan tu sekitar RM320.
Secara nominal, memang ASB nampak lebih menarik sebab pulangan lebih tinggi.
Tapi kita kena tengok sekali tax saving.
Kalau RM8,000 tu layak mendapat pelepasan cukai SSPN dan marginal tax rate korang 25%, korang berpotensi mengurangkan cukai yang perlu dibayar sebanyak:
RM8,000 × 25% = RM2,000.
RM2,000 tu bukan pulangan pelaburan SSPN. Itu penjimatan cukai yang terhasil daripada pelepasan yang layak.
Kalau kita tengok dari sudut keseluruhan, walaupun SSPN mungkin bagi pulangan yang lebih rendah berbanding ASB, manfaat tax saving tu boleh menjadikan keputusan tersebut jauh lebih menarik.
Of course, ada syarat, had pelepasan dan eligibility yang kena kita ambil kira. Tax saving ni pun bergantung kepada taxable income dan marginal tax rate kita.
Tapi inilah sebabnya dalam financial planning, kita tak boleh tengok sesuatu produk atau instrumen kewangan secara isolated.
Kita kena tengok keseluruhan financial situation kita.
Ada orang fokus kepada return.
Ada orang fokus kepada liquidity.
Ada orang fokus kepada tax efficiency.
Dan ada orang yang perlu consider semuanya sekali.
Bukan semua keputusan kewangan perlu menghasilkan pulangan paling tinggi. Kadang-kadang, keputusan yang nampak kurang menarik dari sudut return sebenarnya lebih optimum bila kita tengok keseluruhan financial situation.
Sebab tu financial planning bukan sekadar suruh orang invest dekat mana.
Kita kena tahu apa yang kita ada, apa yang kita perlukan, apa yang kita boleh manfaatkan dan bagaimana setiap keputusan tu memberi kesan kepada keseluruhan kewangan kita.
