Rasanya kalau kes ni, klien-klien aku bawak kereta yang lagi mahal daripada kereta financial planner diaorang kot. 😂
Jokes aside, dari awal engagement lagi, bila klien dah faham apa yang diaorang boleh dapat daripada engage seorang financial planner, part terakhir dalam sesi Discovery aku adalah explanation tentang fee dan remuneration yang aku akan terima.
Ada 2 bahagian income aku.
Pertama, advisory fee.
Ini fee yang klien bayar untuk financial planning advice dan engagement dengan aku.
Individual klien, fee lain. Couple klien, fee lain. Kalau business owner yang engage untuk financial planning bagi bisnes diaorang pun, fee diaorang akan tahu dari awal berapa yang kena bayar untuk dapatkan advice.
Part ni, semua yang engage dengan aku memang kena bayar. Tak ada pengecualian.
Kedua, komisen.
Yang ni tak semua klien akan bayar.
Komisen ni aku hanya akan terima sekiranya klien memilih untuk mengambil produk melalui aku, sama ada berkaitan pelaburan, perlindungan atau apa-apa produk kewangan yang aku boleh uruskan.
Tapi, klien tak wajib pun ambil produk melalui aku.
Diaorang boleh pilih untuk engage aku bagi advice sahaja, tanpa mengambil apa-apa produk. Itu memang pilihan yang aku bagi dari awal.
Tak ada benda nak sembunyi pun. Kedua-dua bahagian remuneration ni aku explain sebelum klien decide nak engage.
Yang agak pelik bagi aku, ada klien yang dah beberapa kali suruh aku naikkan advisory fee.
Sebab diaorang rasa fee yang aku charge tu murah berbanding value yang diaorang dapat.
Bukan aku nak claim aku bagus ke apa, tapi bila klien sendiri rasa apa yang dia bayar tu berbaloi, bagi aku itu satu bentuk appreciation yang cukup besar.
Sebab dalam financial planning, apa yang klien bayar bukan semata-mata untuk satu report, satu portfolio atau satu produk.
Dia bayar untuk proses, analysis, discussion, accountability, guidance dan hubungan yang berterusan sepanjang perjalanan financial planning diaorang.
Dan bagi aku, kalau nak bina hubungan jangka panjang dengan klien, transparency tentang macam mana kita dibayar tu bukan optional.
Itu memang sepatutnya dari awal lagi.
