rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Takaful adalah untuk orang yang mampu?

Semalam ada appointment dengan seorang klien.

Dia baru beberapa bulan engage dengan kita.

Fokus utama dia untuk tahun ni adalah nak manage cashflow dan tingkatkan jumlah simpanan kecemasan.

Ada tak gap lain dalam kewangan dia?

Ada.

Takaful ada gap.

Pelaburan ada gap.

Pengurusan harta pusaka pun ada gap.

Dia sendiri tahu semua tu.

Tapi dia faham kenapa kita tak fokus kepada semua benda tu sekarang.

Sebab cashflow dan emergency funding adalah foundation kepada kewangan kita.

Dia ada cerita semalam, dia pernah share dengan kawan-kawan yang dia engage financial planner dan fokus sekarang adalah nak selesaikan isu cashflow dan emergency funding dulu.

Komen kawan-kawan dia?

“Rugi lah ko bayar financial planner. Takkan tak minta advice pasal investment?”

Aku rasa mindset macam ni yang kena betulkan.

Financial planning bukan semata-mata pasal investment.

Kalau cashflow sendiri pun belum terurus, income naik sekalipun, belum tentu simpanan akan bertambah.

Duit masuk banyak, tapi hujung bulan tak tahu pergi mana.

Pasal takaful pun sama.

Takaful adalah untuk orang yang mampu.

Bukan bermaksud orang yang tak mampu tak perlukan perlindungan.

Tapi takaful memerlukan kemampuan untuk membayar sumbangan secara konsisten.

Kalau sekarang pun cashflow tak cukup, ambil takaful yang komitmen bulanannya tinggi, akhirnya polisi boleh lapse.

Bila perlindungan diperlukan, perlindungan dah tak ada.

Nak rancang harta pusaka pun, kena ada harta untuk dirancang.

Jadi, setiap perkara ada keutamaan dan timing dia.

Untuk klien ni, kalau ikut perancangan kita, tahun ni dia fokus simpan dalam SSPN Prime dulu.

Sebab ada dua fungsi yang dia nak manfaatkan:

1. Membina simpanan kecemasan yang masih boleh dikeluarkan bila-bila masa.

2. Mendapatkan pelepasan cukai yang layak.

Tahun depan, kita teruskan usaha yang sama, tetapi tambah pula PRS sebagai simpanan persaraan.

Lebihan simpanan barulah kita mula salurkan ke ASB.

Target kita, selepas 12 bulan engagement, dia sekurang-kurangnya dah ada RM24,000 dalam cash savings.

Daripada sebelum ni, langsung tak ada simpanan kecemasan.

Nampak macam simple kan?

Setahun fokus bina simpanan RM24k.

Tak ada cerita investment yang complicated.

Tak ada cerita nak kejar return 10-15%.

Tak ada cerita nak cari produk yang paling tinggi pulangannya.

Tapi bagi aku, kalau seseorang yang sebelum ni tak ada simpanan, akhirnya berjaya bina RM24k dalam masa setahun, itu satu pencapaian yang sangat bermakna.

Sebab kita bukan sekadar bina simpanan.

Kita sedang bina tabiat, disiplin dan keyakinan untuk menguruskan duit sendiri.

Financial planning bukan tentang buat semua benda sekaligus. Tapi tentang buat perkara yang betul, pada masa yang betul, mengikut kemampuan kita.

Kadang-kadang, nasihat kewangan yang paling baik bukan suruh orang melabur atau ambil takaful.

Tapi suruh dia belajar menyimpan dulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *