Just completed a 31-minute phone call dengan seorang klien.
Sebelum aku cerita lebih lanjut, sedikit tentang cara aku berkomunikasi dengan klien.
Aku selalu galakkan klien untuk hubungi aku melalui WhatsApp. Senang, dan yang paling penting, kita ada rekod perbualan, termasuk apa-apa nasihat atau perkara yang dibincangkan.
Tapi kalau emergency atau ada perkara yang memerlukan perhatian segera, boleh terus call. Walaupun aku tengah ada appointment dengan klien lain, aku tetap akan jawab panggilan kalau berkesempatan.
Semua klien aku tahu perkara ni. Kita kena berlaku adil. Hahaha.
Anyway, klien ni sebenarnya ada perancangan untuk resign tahun depan sebab nak fokus sambung belajar.
Original plan dia adalah untuk terus bekerja sehingga Mei 2027. Salah satu sebabnya, loan kereta akan habis dibayar pada bulan tersebut.
Bila loan kereta habis, komitmen bulanan dia akan turun dengan agak ketara.
Daripada RM23k sebulan, akan turun kepada lebih kurang RM9k sebulan.
Bukan sebab lifestyle berubah, tetapi selepas mengambil kira beberapa perkara seperti EPF, cukai, zakat, simpanan, komitmen kereta dan dua polisi insurans yang sebelum ni aku cadangkan untuk surrender.
Jadi, kita dah buat perancangan untuk tempoh dia tak bekerja nanti.
Dari Jun hingga Disember 2027, dia perlukan lebih kurang RM63k untuk menampung perbelanjaan selama 7 bulan.
Sumber duit yang dah dikenal pasti:
1. RM18k daripada 13th month salary yang dijangka diterima pada Januari 2027.
2. RM20k daripada dividen ASB.
3. RM10k daripada dividen satu lagi investment.
4. RM30k daripada surrender dua polisi insurans.
Jumlah keseluruhan: RM78k.
Maknanya, ada lebihan lebih kurang RM15k daripada keperluan yang dianggarkan.
Nampak macam semuanya dah tersusun, kan?
Tapi hari ni dia call aku sebab ada sedikit isu di tempat kerja.
Aku tak tahu cerita sepenuhnya, tetapi daripada apa yang dia ceritakan, dia rasa macam bos dia nak meletakkan kesalahan sesuatu perkara yang dilakukan oleh bos tersebut kepada dia.
Dia risau kemungkinan dia akan ditamatkan perkhidmatan seawal Disember 2026.
Kalau perkara ni berlaku, dia mungkin tak sempat menerima 13th month salary yang kita dah masukkan dalam perancangan tadi.
Jadi, kita duduk berbincang tentang dua kemungkinan.
1. Worst case scenario
Kalau betul syarikat mengambil tindakan untuk menamatkan perkhidmatan dia, kita kena tengok dulu proses dan asas penamatan tersebut.
Aku pun pernah bekerja dalam HR. Bukan semudah itu nak terminate seseorang atas alasan performance. Ada proses dan prosedur yang perlu dipatuhi.
Kalau berlaku penamatan yang dia rasa tidak adil, aku terangkan juga pilihan yang boleh dia pertimbangkan, termasuk mendapatkan nasihat dan membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja sekiranya berkenaan, serta menyemak kelayakan untuk tuntutan faedah EIS melalui PERKESO.
Dari sudut kewangan pula, mungkin dia perlu menggunakan sebahagian daripada cash savings yang sedia ada.
Tapi berdasarkan kedudukan kewangan yang kita dah semak bersama, dia sebenarnya mampu untuk menghadapi situasi tersebut.
2. Best case scenario
Katakan syarikat ikut proses sewajarnya.
Mungkin bermula dengan warning letter, kemudian Performance Improvement Plan (PIP) dan sebagainya.
Kalau proses itu mengambil masa sehingga Februari 2027, dia masih ada ruang untuk membuat keputusan.
Dengan notice period selama tiga bulan, dia boleh tender resignation apabila tiba masanya.
13th month salary pun dah diterima, dan apabila tamat tempoh notis, timeline dia untuk berhenti kerja masih boleh diselaraskan dengan sasaran asal, iaitu sekitar Mei 2027.
Jadi, tak banyak yang berubah daripada original financial plan.
**Apa yang aku pesan dekat dia?**
Take it one step at a time.
Tak perlu fikir semua kemungkinan yang belum berlaku. Kita tak tahu apa keputusan syarikat, dan kita tak boleh kawal tindakan orang lain.
Apa yang kita boleh kawal ialah persediaan kita sendiri.
At least, dari segi kewangan, dia ada flexibility untuk menghadapi situasi ini.
Kalau dapat terus bekerja sampai Mei, bagus. Kita ikut original plan.
Kalau terpaksa berhenti lebih awal, kita dah tahu apa yang perlu dibuat dan dari mana duit untuk menampung perbelanjaan akan datang.
Sebab itulah aku selalu tekankan, perancangan kewangan bukan semata-mata tentang berapa banyak duit yang kita ada, berapa tinggi pulangan pelaburan kita atau berapa cepat kita boleh capai sesuatu matlamat.
Kadang-kadang, nilai sebenar financial planning ialah apabila kita berhadapan dengan situasi yang kita tak jangka, kita masih ada pilihan.
Kita tak perlu buat keputusan dalam keadaan terdesak.
Kita tak perlu terus menerima apa sahaja keadaan hanya kerana kita takut kehilangan pendapatan.
Dan kita tak perlu korbankan matlamat jangka panjang semata-mata kerana ada satu perkara yang tak menjadi seperti dirancang.
Financial security bukan bermaksud hidup kita bebas daripada masalah.
Tetapi kita ada kemampuan dan pilihan untuk menghadapi masalah tersebut tanpa terus menggugat keseluruhan kehidupan kewangan kita.
Itulah antara perkara yang kita cuba bina melalui financial planning.
