Personally, aku agree.
Dulu, nak cari classes atau camps yang ajar budak-budak tentang personal finance pun susah. Sekarang dah makin banyak organisasi dan syarikat yang buat program macam ni.
At least, dah ada pilihan.
Dan pada aku, financial literacy memang antara perkara paling asas kalau kita nak improve cara kita mengurus kewangan — bukan sekadar sebagai individu, tapi juga sebagai masyarakat dan akhirnya sebagai sebuah negara.
Cuma aku rasa ada satu benda yang kita boleh improve lagi.
Financial literacy tak semestinya kena disumbat masuk dalam subjek Matematik.
Nak ajar budak kira compound interest, tax, loan interest dan sebagainya, itu bukan keseluruhan maksud financial literacy.
Financial literacy lebih besar daripada sekadar pandai mengira.
Contohnya:
Apa beza needs vs wants?
Kenapa kita kena ada savings?
Apa maksud emergency fund?
Kenapa kita tak patut berbelanja lebih daripada kemampuan?
Apa maksud debt?
Apa beza saving dengan investing?
Apa risiko bila kita berhutang?
Macam mana nak buat keputusan kewangan?
Benda-benda macam ni sebenarnya lebih sesuai diajar sebagai subjek atau modul personal finance yang tersendiri.
Tak semestinya pun kena ada kelas setiap minggu.
Sebulan sekali pun dah cukup sebagai permulaan.
Contohnya 1–2 jam setiap bulan, dengan silibus yang berkembang ikut umur.
Sekolah rendah:
Basic money concepts, saving, needs vs wants, delayed gratification.
Sekolah menengah:
Budgeting, banking, debit/credit card, scams, basic investing, income dan taxes.
Universiti:
Student loans, debt management, credit score, insurance/takaful, investing, retirement dan financial planning.
Dan jangan berhenti setakat kelas.
Buat lebih banyak competition, simulation, games, camps dan real-life financial challenges supaya budak-budak bukan sekadar dengar teori, tapi dapat experience buat financial decisions.
Sebab kalau kita mula sekarang, mungkin kita tak nampak hasilnya tahun depan.
Mungkin 5–10 tahun lagi baru nampak perbezaannya.
Tapi itu memang sifat pendidikan.
Kita tanam sekarang, orang lain mungkin akan nampak hasilnya kemudian.
Daripada seseorang hanya mula belajar tentang kewangan selepas dah kerja 10–15 tahun…
Dah ada kereta.
Dah ada rumah.
Dah ada anak.
Dah ada hutang.
Dah mula fikir pasal retirement.
…kemudian umur 40 baru terfikir,
“Kenapa aku tak belajar benda ni dari dulu?”
Financial literacy bukan magic yang akan terus buat seseorang kaya.
Tapi sekurang-kurangnya, kalau seseorang dah faham asas kewangan lebih awal, dia ada foundation yang lebih baik untuk buat keputusan kewangan sepanjang hidup dia.
