Syarikat boleh pilih nak bayar gaji berapa untuk fresh grad.
Fresh grad pun ada pilihan — offer company mana yang dia nak ambil.
Takde siapa paksa pun.
Nak income lebih RM2,000 sebulan lepas grad?
Ada jer company yang offer.
Tapi persoalannya:
“Boleh lepas ke?”
Sebab company bukan tengok berapa banyak kau nak dibayar.
Dia tengok berapa banyak value yang kau boleh bawa kepada company.
Sebab tu kalau korang masih belajar, aku rasa ada beberapa benda yang korang boleh buat dari sekarang.
1. Rajin-rajin research company dan industri yang bayar gaji lebih tinggi untuk fresh grad.
Maklumat sekarang memang dekat hujung jari.
Boleh tengok job portal, salary report, LinkedIn, forum, company review dan macam-macam lagi.
Cuma persoalannya sama ada korang rajin atau tak nak mencari.
Jangan tunggu habis belajar baru nak fikir:
“Eh, gaji fresh grad untuk bidang aku sebenarnya berapa?”
Masa tu mungkin dah terlambat.
2. Rajin-rajin apply internship / praktikal.
Banyak company sekarang gunakan internship sebagai salah satu cara untuk identify bakal staff.
Kalau korang dah pernah intern dekat company tu, dia dah boleh nampak cara korang bekerja.
Disiplin.
Communication.
Technical skills.
Attitude.
Ability to learn.
Kalau tak pernah intern langsung dekat company tersebut, korang mungkin kena compete melalui open application dengan beratus-ratus calon lain.
Bukan mustahil.
Cuma competition dia lain.
3. Tengok juga company dan industri.
Kalau apply kerja dengan SME yang tengah struggle nak survive, jangan pelik kalau dia tak mampu bayar gaji tinggi.
Company besar — contohnya GLC atau listed company — mungkin mempunyai kapasiti yang lebih besar untuk menawarkan pakej yang lebih tinggi.
Tapi itu bukan bermaksud semua company besar automatik bayar tinggi.
Industri pun memainkan peranan.
Kalau industri tu margin dia rendah, memang lebih susah untuk company bayar pekerja dengan tinggi.
Kalau company masih bayar tinggi walaupun margin rendah, mungkin ada trade-off lain.
Hours panjang.
Kerja lebih susah.
Target lebih aggressive.
Pressure lebih tinggi.
Jadi jangan tengok gaji sahaja.
4. Kalau boleh, bina kemahiran yang susah digantikan.
Kalau dari awal lagi korang masuk bidang yang memerlukan kemahiran khusus atau high-demand skills, bargaining power korang mungkin lebih tinggi.
Sebab tu TVET pun jangan dipandang rendah.
University degree bukan satu-satunya jalan untuk bina career yang bernilai tinggi.
Yang penting ialah:
Apa masalah yang kau boleh selesaikan yang tak ramai orang lain boleh selesaikan?
Sebab akhirnya, konsep value vs price tetap terpakai.
Kalau value yang korang bawa tinggi, company mungkin sanggup bayar lebih tinggi.
Kalau korang punya skill, experience dan capability lebih kurang sama macam 100 orang fresh grad lain yang sedang apply kerja yang sama…
Jangan terkejut kalau bargaining power korang rendah.
Aku pernah kena sendiri.
Dulu lepas aku berhenti TNB, aku apply satu kerja.
Gaji masa tu RM2,500.
Company offer aku RM3,000.
Aku minta RM3,500.
Diaorang cakap tak boleh.
Kenapa?
Sebab aku tak ada professional certification yang diperlukan untuk justify RM3,500 tu.
Maksudnya pada aku, experience aku mungkin bernilai RM3,500.
Tapi pada company, value yang aku bawa pada masa tu belum cukup untuk justify kos RM3,500.
Itu satu pengajaran yang aku masih ingat sampai sekarang.
Sebab bila company hire seorang pekerja, kos dia bukan sekadar:
“Gaji RM3,500.”
Ada EPF.
SOCSO.
EIS.
Bonus.
Medical.
Training.
Equipment.
Office.
Management time.
Recruitment cost.
Dan macam-macam lagi.
Aku pernah duduk di kedua-dua belah meja.
Pernah jadi employee.
Sekarang jadi employer.
Jadi aku faham kenapa nak jadi majikan pun bukan benda mudah.
Sebab tu bila korang masuk job market nanti, jangan hanya fikir:
“Company ni boleh bayar aku berapa?”
Tanya juga diri sendiri:
“Apa yang aku boleh offer sampai company sanggup bayar aku sebanyak itu?”
Sebab semua orang memang ada pilihan.
Company pilih siapa yang dia nak hire.
Korang pula pilih company mana yang korang nak join.
Tapi dalam negotiation tu, satu benda tetap memainkan peranan:
Value yang korang bawa mesti sepadan dengan price yang korang minta.
Kalau nak minta lebih tinggi daripada market, jangan sekadar cakap:
“Aku rasa aku layak.”
Bina bukti kenapa korang memang layak.
