Nak rezeki?
Dah dapat.
Tak ada duit — ada orang bagi USD100,000.
Tak ada rumah — dah ada tempat tinggal.
Tak tahu nak buat apa dengan duit — ada orang siap nak ajar macam mana nak urus.
Pelanggan tak ada — ada orang tolong carikan.
Modal tak ada — ada orang keluarkan modal.
Peluang tak ada — orang dah bukakan pintu.
Basically…
Game dah setting easy mode.
Tapi apa jadi?
Last-last duit habis.
Bisnes tak jalan.
Peluang tak digunakan.
Dan akhirnya…
balik ke tempat asal.
Jadi salah siapa?
Duit tak cukup?
Tak.
Peluang tak cukup?
Tak.
Orang tak nak tolong?
Pun tak.
Masalahnya, mindset masih sama.
Kita selalu fikir bila seseorang ada lebih banyak duit, hidup dia automatik akan berubah.
Tak semestinya.
Kalau cara fikir, cara berbelanja, disiplin dan cara buat keputusan masih sama…
RM100,000 pun boleh jadi RM0.
Aku teringat cerita ex-colleague aku.
Dia pernah nak bantu seorang ibu tunggal.
Dia keluarkan modal.
Dia siap carikan pelanggan untuk jahit baju.
Customer dah ada.
Order dah ada.
Modal dah ada.
Apa lagi yang tak ada?
Tapi last-last baju customer tak siap.
Bagi macam-macam alasan.
Peluang dah depan mata pun tak digunakan.
Aku pun pernah buat kesilapan yang sama.
Masa awal-awal aku start financial planning, aku bagi free advice.
Ada orang sign up.
Lepas tu aku minta maklumat kewangan.
Tak lengkap.
“Jap lagi saya bagi.”
“Busy sikit.”
“Tak sempat lagi.”
Kemudian set appointment.
Tak datang.
Message?
Tak reply.
Aku tunggu.
Follow up.
Tunggu lagi.
Macam aku pula yang berhutang duit dengan dia. 😂
Last-last aku fikir…
Cukup lah.
Aku mula charge.
Padan muka korang. Hahaha.
Tapi sebenarnya, pengalaman tu ajar aku satu benda yang sangat penting.
Kita tak boleh tolong orang yang tak ready nak tolong diri sendiri.
Sebab tu sekarang aku tak approach orang secara paksa.
Bukan sebab aku takut kena reject.
Reject? Aku boleh hidup.
Yang aku tak suka ialah membazir masa, tenaga dan duit untuk orang yang sebenarnya belum bersedia.
Sebab kalau orang tu tak ready:
Bagi duit → habis.
Bagi peluang → tak guna.
Bagi customer → tak deliver.
Bagi advice → tak buat.
Bagi plan → tak ikut.
Kemudian bila hidup masih sama…
“Kenapa aku tak berubah?”
Bro…
kau dah dapat semua benda.
Yang tak berubah cuma kau.
Dan inilah sebab kenapa dalam financial planning, aku tak rasa tugas seorang planner ialah sekadar “bagi advice”.
Aku nak tahu juga:
Client tu betul-betul ready ke nak buat perubahan?
Sebab financial planning bukan magic.
Aku boleh tunjuk nombor.
Aku boleh tunjuk masalah.
Aku boleh tunjuk pilihan.
Aku boleh tunjuk apa yang mungkin berlaku kalau tak buat apa-apa.
Tapi akhirnya…
kau yang kena buat.
Sebab duit boleh diberi.
Peluang boleh diberi.
Ilmu boleh diberi.
Advice boleh diberi.
Tapi willingness untuk berubah tak boleh dipaksa.
Jadi kalau satu hari nanti ada orang datang dan kata,
“Bro, aku nak ubah hidup aku.”
Aku akan tanya satu soalan dulu:
“Betul-betul nak ubah, atau nak dengar benda yang sedap je?” 😂
