rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

KADANG-KADANG, KITA TAK PERLUKAN LEBIH. KITA CUMA PERLU BELAJAR BERSYUKUR.

Setuju.

Bila kita mula bersyukur dengan apa yang kita ada dan apa yang kita dah dapat, hidup kita akan jadi lebih tenang.

Weekend lepas, aku jumpa seorang klien.

Dia tengah ada cashflow deficit hampir RM10,000 sebulan.

Stress. Serabut.

Duit dalam bank makin lama makin sikit.

Nak potong belanja pun dah tak tahu nak potong dekat mana. Kalau boleh, dia tak nak kacau pendidikan anak-anak.

Dalam masa yang sama, dia tengah tunggu satu job besar.

Kalau job tu masuk, memang boleh settle masalah defisit bulanan dia — sekurang-kurangnya untuk sementara waktu.

Sepatutnya job tu dah dapat bulan Julai.

Tapi sampai sekarang, masih belum mula.

Pada masa yang sama, ada orang offer dia satu job yang boleh bagi RM5,000 sebulan.

Dia tak ambil.

Sebab dia nak tunggu job besar tu.

Aku cakap:

“Ambil je job RM5k tu.”

Bukannya full-time pun.

Bila job besar tu masuk nanti, plan around it.

Memang akan jadi sedikit struggle dari segi timing dan komitmen, tapi masih doable.

Sebab dengan tambahan RM5k sebulan, dia masih ada deficit.

Tapi deficit RM10k tu boleh jadi RM5k.

Duit dalam bank akan susut lebih perlahan.

Dan duit yang ada boleh bertahan lebih lama.

Kalau tak, lama-lama mungkin isteri pula yang kena kerja lebih masa untuk cover defisit tersebut.

Akhirnya dia setuju.

Sebab dia dah nampak yang walaupun RM5k tu bukanlah penyelesaian kepada masalah dia, ia tetap membantu keadaan keluarga dia.

Dan kadang-kadang, kita pun macam tu.

Kita susah nak bersyukur sebab kita terlalu fokus kepada apa yang kita tak ada.

Tak ada iPhone Pro Max 17.

Tapi ada iPhone 16.

Tak ada BMW.

Tapi ada Proton X70.

Tak dapat pergi overseas.

Tapi masih boleh cuti dalam Malaysia.

Tak dapat makan wagyu.

Tapi setiap hari masih tak pernah tak dapat makan.

Tak ada rumah banglo.

Tapi setiap malam boleh tidur tanpa kena hujan.

Ada elektrik.

Ada air.

Ada tempat berteduh.

Anak-anak boleh bersekolah.

Ada kerja.

Ada income.

Ada keluarga.

Tapi kita tetap tengok apa yang orang lain ada.

Kemudian kita rasa hidup kita tak cukup.

Income dah tinggi, cukai pun dah kena bayar lebih.

Kita meroyan kenapa orang yang income rendah bayar cukai lebih rendah dan dapat bantuan pula.

Kita nampak apa yang kita kurang.

Kita lupa apa yang kita dah ada.

Nak bersyukur memang senang untuk cakap.

Tapi nak betul-betul bersyukur tu susah.

Sebab manusia memang mudah membandingkan hidup sendiri dengan hidup orang lain.

Bersyukur bukan bermaksud kita tak boleh nak berusaha untuk jadi lebih baik.

Nak upgrade telefon, silakan.

Nak beli kereta lebih baik, silakan.

Nak bina rumah lebih besar, silakan.

Nak travel lebih jauh, silakan.

Nak tambah income, lagi bagus.

Cuma dalam proses mengejar yang lebih baik, jangan sampai kita rasa apa yang kita ada sekarang langsung tak bernilai.

Sebab mungkin benda yang kita anggap biasa hari ini…

adalah benda yang orang lain sedang berdoa untuk dapat.

Normalisasikan rasa bersyukur.

Bukan sebab hidup kita sempurna.

Tapi sebab walaupun ada ujian, masih banyak rezeki yang Allah dah bagi kepada kita selama ini.

Dan kadang-kadang, bila kita berhenti sekejap untuk tengok apa yang kita ada…

kita akan sedar:

Rupanya hidup kita tak seteruk yang kita selalu sangka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *