rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

PARENTS BAGI USD2 JUTA. 8 TAHUN KEMUDIAN, MASIH USD2.1 JUTA.

Aku nampak satu post yang menarik.

Seorang lelaki umur 26 tahun.

Portfolio dia: USD2.1 juta.

Dia mula melabur sejak umur 18 tahun.

Goal dia pula nak retire sebelum umur 32.

Aku baca sampai bawah, baru nampak cerita sebenarnya.

Parents dia bagi USD2 juta untuk dia invest.

Dan dia letakkan 100% dalam Bitcoin.

Kalau kita kira secara kasar, USD2 juta yang menjadi USD2.1 juta dalam tempoh 8 tahun bersamaan lebih kurang 0.61% setahun.

So technically, dia masih untung.

Tapi cuba tengok dari perspektif lain.

Kalau USD2 juta tu diletakkan dalam investment yang memberikan purata 3% setahun, selepas 8 tahun nilainya lebih kurang:

USD2.53 juta.

Lebih kurang USD530k keuntungan.

Kalau kita gunakan andaian purata 9.9% setahun untuk S&P 500 index fund, USD2 juta tadi boleh menjadi sekitar:

USD4.25 juta.

Sudah lebih USD2 juta keuntungan.

Obviously, ini sekadar mathematical illustration. Actual investment return tak guaranteed dan past performance bukan jaminan future return.

Tapi bagi aku, point paling menarik dalam cerita ni bukan Bitcoin.

Point dia ialah financial literacy.

Budak ni sebenarnya sudah mendapat satu kelebihan yang sangat besar dalam hidup.

Pada umur 18 tahun, dia sudah ada USD2 juta.

Bayangkan kawan-kawan dia umur 18 tahun baru nak fikir pasal sambung belajar, cari kerja part-time, bayar student loans, bina emergency fund dan kumpul RM10,000 pertama.

Dia pula sudah bermula dengan USD2 juta.

So walaupun dia mungkin tak buat investment decision yang optimum, dia masih berada jauh di depan.

Dan ini yang aku selalu cuba explain kepada parents.

Kalau kita mampu bagi anak kita duit, itu bagus.

Tapi kalau kita mampu bagi anak kita duit + financial literacy, itu jauh lebih powerful.

Sebab duit boleh bagi mereka head start.

Financial literacy pula ajar mereka macam mana nak jaga, grow dan gunakan head start tersebut.

Dalam contoh ni, anak tu masih ada USD2.1 juta selepas 8 tahun.

Dia masih jauh lebih baik daripada majoriti orang sebaya dia.

Tetapi kalau dia mendapat financial literacy yang betul sejak awal, kemungkinan besar dia bukan sekadar mempunyai USD2.1 juta hari ini.

Dengan capital sebesar itu dan tempoh masa yang panjang, compounding boleh bekerja dengan sangat kuat.

Mungkin dia tak perlu pun tunggu umur 32 untuk mencapai financial independence.

Sebab itu bagi aku, generational wealth bukan sekadar tentang berapa banyak duit yang parents boleh tinggalkan kepada anak.

Yang lebih penting ialah:

“Adakah kita tinggalkan duit sahaja, atau kita tinggalkan sekali kemampuan untuk mengurus duit tersebut?”

Sebab kalau kita bagi anak USD2 juta tetapi tak ajar mereka financial literacy, kita mungkin sudah bagi mereka modal untuk memulakan hidup.

Tetapi kalau kita bagi USD2 juta + financial literacy, kita mungkin sudah bagi mereka sesuatu yang jauh lebih bernilai:

keupayaan untuk membina kekayaan sepanjang hidup mereka.

Duit bagi advantage.

Financial literacy memastikan advantage itu tak disia-siakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *