rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Beza ke cara lelaki versus perempuan dalam cara uruskan kewangan?

Ada orang tanya soalan ni semalam.

Nak cakap tak ada beza, tipu lah.

Tapi nak kata lelaki dan perempuan memang berbeza, pun tak betul 100%.

Sebab daripada pengalaman saya buat financial planning dengan clients, saya rasa circumstances memainkan peranan yang jauh lebih besar.

Contohnya hari Ahad lepas, saya jumpa seorang client untuk fact finding.

Dia lelaki, dah berkahwin, umur 43 tahun, tapi tak ada anak.

Lepas habis session, dia sendiri komen:

“Goals saya sebenarnya lebih straightforward. Walaupun dah umur 43, sebab tak ada anak, saya tak ada children-related financial expenses and goals.”

Betul juga.

Bila tak ada anak, memang ada beberapa financial goals yang secara automatik tak wujud.

Tak perlu fikir tentang childcare.

Tak perlu education planning.

Tak perlu fikir sama ada nak hantar anak ke universiti swasta atau overseas.

Tak perlu allocate sebahagian besar cashflow untuk anak.

Circumstances dia memang berbeza.

Dalam pengalaman saya pula, bila jumpa client perempuan yang dah berkahwin tetapi suami tak engage dalam financial planning bersama saya, saya banyak jumpa situation di mana suami adalah provider 100%.

Maksudnya, income dan duit masing-masing diuruskan sendiri.

Untuk client macam ni, selalunya savings mereka agak tinggi.

Tapi bila ada anak, financial planning mereka akan banyak memasukkan expenses anak dan future education planning.

Dan education planning ni kadang-kadang bukan kecil.

Ada yang target universiti swasta.

Ada yang dah plan anak belajar overseas.

Jadi walaupun sama-sama perempuan, financial goals mereka boleh jadi sangat berbeza hanya kerana circumstances mereka berbeza.

Begitu juga dengan clients yang single.

Lelaki atau perempuan, kebanyakannya mempunyai capacity untuk save lebih tinggi sebab expenses hanya untuk diri sendiri.

Tapi pada masa yang sama, saya perasan ada dua perkara yang kadang-kadang kurang diberi perhatian:

Risk management dan estate planning.

Mungkin sebab mereka rasa:

“Aku single. Tak ada anak. Tak ada siapa sangat yang bergantung pada aku.”

Sedangkan financial planning bukan hanya tentang berapa banyak kita boleh kumpul.

Kemudian ada satu lagi observation yang menarik.

Kalau saya bandingkan client lelaki dan perempuan yang circumstances dia lebih kurang sama — sama-sama single, ada lebihan cashflow, jumlah aset lebih kurang sama dan investment goals pun sama…

Dalam banyak kes, client lelaki lebih sanggup mengambil investment risk yang lebih tinggi berbanding client perempuan.

Tapi sekali lagi, saya tak akan kata:

“Lelaki memang lebih aggressive.”

Sebab itu cuma observation daripada clients yang saya jumpa.

Bukan satu universal rule.

Sebab akhirnya, cara seseorang menguruskan kewangan bukan hanya ditentukan oleh dia lelaki atau perempuan.

Ia dipengaruhi oleh:

Umur.

Status perkahwinan.

Anak atau tidak.

Siapa yang bergantung kepada dia.

Income.

Cashflow.

Pengalaman hidup.

Tanggungjawab keluarga.

Personal goals.

Dan yang paling penting — personality individu itu sendiri.

Sebab tu dalam financial planning, saya tak boleh ambil satu template dan apply kepada semua orang.

Financial plan yang baik bukan bermula dengan “lelaki macam mana?” atau “perempuan macam mana?”

Ia bermula dengan:

“Apa keadaan hidup client ni, dan apa yang sebenarnya penting kepada dia?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *