Setakat ni, aku tak pernah lagi jumpa kes yang betul-betul boleh dikategorikan sebagai “meninggal dan tinggalkan kosong.”
Sebab kalau dekat Malaysia, kalau kerja makan gaji, paling basic pun biasanya ada EPF.
Kalau masih bekerja dan mencarum SOCSO, mungkin ada juga manfaat yang boleh diterima oleh tanggungan, tertakluk kepada kelayakan.
Jadi persoalan sebenar bukan ada atau tak ada.
Persoalannya: cukup atau tak?
Kalau income kecil, dalam banyak keadaan kos sara hidup keluarga pun dibina berdasarkan income yang lebih kecil.
Bukan bermaksud keluarga takkan struggle bila kita meninggal, tapi jumlah yang diperlukan untuk menggantikan income tu mungkin lebih rendah.
Tapi bayangkan kalau income RM10,000, RM15,000 atau RM20,000 sebulan.
Family dah biasa hidup berdasarkan income tu.
Rumah RM2,500 sebulan.
Kereta RM1,500.
Anak sekolah RM2,000.
Belanja rumah RM3,000.
Belum masuk bil, maintenance, medical, travel dan macam-macam lagi.
Tiba-tiba orang yang membawa masuk sebahagian besar income tu meninggal dunia.
EPF ada RM300,000.
Ada manfaat SOCSO.
Ada simpanan RM50,000.
Nampak macam banyak.
Tapi kalau keluarga perlukan RM8,000 sebulan untuk teruskan kehidupan, RM350,000 tu bersamaan lebih kurang 3½ tahun perbelanjaan sahaja.
Itu pun kalau tak ada hutang dan duit tu tak digunakan untuk benda lain.
Income tinggi tak semestinya keluarga lebih selamat.
Lagi tinggi lifestyle yang dibina berdasarkan income kita, lagi besar jurang yang perlu diganti kalau income tu tiba-tiba hilang.
Dan satu golongan yang aku rasa kena fikir lebih sikit tentang benda ni adalah self-employed dan usahawan.
Kalau kerja makan gaji, sebahagian safety net tu dah dibina secara automatik.
Setiap bulan ada caruman EPF.
Ada caruman SOCSO.
Mungkin employer pun ada bagi group insurance atau benefits lain.
Tapi bila kerja sendiri atau berniaga, banyak benda ni kita sendiri kena bina.
Kalau tak carum untuk retirement sendiri, mungkin tak ada.
Kalau tak ambil perlindungan sendiri, mungkin tak ada.
Kalau bisnes berhenti bila kita tak ada, income keluarga pun mungkin berhenti sekali.
Lebih bahaya kalau personal finances dengan business finances bercampur.
Orang nampak bisnes besar.
Sales RM100,000 sebulan.
Tapi bila owner meninggal, baru tahu banyak aset sebenarnya milik syarikat, ada business liabilities, personal savings tak banyak dan keluarga tak semestinya boleh terus keluarkan duit daripada syarikat sesuka hati.
Sebab tu untuk self-employed dan business owners, “aku income tinggi” bukan financial plan.
Kena bina safety net sendiri.
Untuk klien-klien aku, memang benda ni kita akan discuss.
Kita betulkan cara uruskan kewangan.
Bina emergency fund.
Betulkan cashflow.
Pastikan hutang terkawal.
Ambil polisi takaful hayat yang mencukupi — yang korang selalu salah sebut sebagai “hibah takaful” tu. ![]()
Dan rancang pengurusan harta pusaka siap-siap.
Sebab financial planning bukan sekadar nak pastikan kita boleh hidup dengan selesa hari ni.
Kita juga kena fikir:
Kalau aku tak ada esok, apa jadi dekat keluarga aku?
Alhamdulillah, setakat ni beberapa kes klien aku yang meninggal dunia, urusan kewangan keluarga dapat diselesaikan dengan lebih mudah.
Walaupun ada hutang, ada aset dan takaful yang mencukupi untuk cover.
Dan ada duit yang ditinggalkan supaya keluarga boleh teruskan kehidupan sementara mereka adjust dengan keadaan baru.
Kita tak semestinya kena meninggal dunia tanpa hutang.
Tapi janganlah sampai bila kita meninggal dunia nanti, hutang dan kehilangan income kita pula menjadi masalah kewangan yang keluarga kena tanggung.
Kita mungkin dah tak ada masa tu.
Tapi kesan daripada cara kita uruskan kewangan hari ni boleh kekal bertahun-tahun selepas kita pergi
