rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

“Insurans ni scam. 3 bulan tak bayar terus polisi lapse.”

Aku baca komen macam ni baru-baru ni.

Aku terfikir…

Kalau tak bayar loan rumah 3 bulan, apa jadi?

Bank masih bagi kita duduk rumah tu sampai habis 35 tahun?

Tak.

Kalau tak bayar loan kereta 3 bulan?

Bank kata, “Takpe encik, teruskan pakai kereta tu.”

Tak juga.

Kalau tak bayar sewa rumah 3 bulan?

Tuan rumah akan kata, “Saya faham encik tengah susah. Duduklah sampai bila-bila.”

Realitinya bukan macam tu.

Kalau majikan tak bayar gaji pekerja selama 3 bulan?

Pekerja boleh ambil tindakan sebab majikan dah gagal memenuhi tanggungjawab dalam kontrak pekerjaan.

Semua contoh di atas ada satu persamaan.

Kontrak.

Bila satu pihak tak memenuhi tanggungjawabnya, pihak satu lagi juga ada hak yang diberikan oleh kontrak.

Insurans dan takaful pun sama.

Sumbangan dibayar untuk memastikan perlindungan kekal aktif.

Kalau sumbangan berhenti dan polisi akhirnya lapse, perlindungan juga akan berhenti.

Itu bukan kerana syarikat insurans “jahat”.

Ia sama seperti bank tak boleh dipaksa terus memberi pinjaman tanpa bayaran, atau tuan rumah tak boleh dipaksa membenarkan penyewa tinggal tanpa membayar sewa.

Sebab itu sebelum ambil apa-apa komitmen kewangan—sama ada loan rumah, loan kereta atau polisi takaful—pastikan kita benar-benar mampu mengekalkannya.

Kalau rasa tak mampu, tak semestinya kena ambil.

Tetapi kalau dah buat keputusan untuk ambil, fahami hak dan tanggungjawab kedua-dua belah pihak.

Kontrak hanya melindungi kedua-dua pihak selagi kedua-duanya memenuhi tanggungjawab masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *