rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Weh, ada group WhatsApp parents dengan lecturer untuk budak yang nak masuk diploma?

Jap… bila aku baca ni, benda pertama yang terlintas dekat kepala otak aku…

Weh, ada group WhatsApp parents dengan lecturer untuk budak yang nak masuk diploma?

Sekolah rendah pun aku dah stress tengok soalan-soalan yang parents tanya. Masuk sekolah menengah lagi macam-macam.

Ni dah nak masuk universiti pun masih macam ni?

Bila budak-budak ni nak belajar berdikari?

Nanti dah masuk kerja pun nak ada group WhatsApp dengan CEO atau HR pula ke?

“Encik, anak saya tidur lambat semalam sebab tengok World Cup. Boleh tak dia tak masuk kerja hari ni?”

Aduh… tak boleh brain aku.

Anak aku pun baru habis SPM tahun lepas.

Sejak dia sekolah menengah lagi, memang kami biasakan dia uruskan hal sendiri.

Kerja sekolah kena pastikan siap. Kalau ada barang nak bawa ke sekolah dan tak ada dekat rumah, bagitahu awal. Baju sekolah pun kena pastikan betul.

Pernah sekali masa Tingkatan 3, dah sampai sekolah baru dia perasan tersalah pakai baju. Dia nak patah balik rumah.

Aku cakap, “Tak. Kalau kena denda, pandai-pandai manage.”

Lepas kejadian tu, setahu aku dah tak pernah silap lagi.

Hari ni pula baru habis lawat beberapa universiti yang kami shortlist. Dah jumpa kaunselor, tanya semua soalan yang perlu, bincang pilihan kursus dan universiti.

Ya, memang aku yang bayar.

Tapi itu masa depan dia.

Sebab tu keputusan dibuat melalui perbincangan dengan dia, bukan kami yang tentukan semuanya.

Lepas ni dia kena belajar urus masa sendiri.

Dari dulu aku bagi duit belanja setiap minggu. Menariknya, dia memang pandai simpan duit (tak tahu ikut siapa 😂).

Bila masuk universiti nanti, plan aku nak bagi duit sebulan sekali pula.

Biar dia belajar urus bajet macam orang yang baru dapat gaji. Kalau habis awal, itu pengajaran. Kalau pandai urus, itu kemahiran yang dia akan bawa sampai bekerja nanti.

Pada aku, universiti bukan sekadar tempat belajar akademik.

Universiti juga tempat belajar jadi orang dewasa.

Kalau semua benda masih ibu bapa yang uruskan, bila nak belajar buat keputusan sendiri? Bila nak belajar tanggung akibat daripada keputusan sendiri?

Sebagai ibu bapa, tugas kita bukan untuk uruskan hidup anak sampai bila-bila.

Tugas kita ialah siapkan mereka supaya satu hari nanti mereka boleh uruskan hidup mereka sendiri tanpa bergantung kepada kita.

Cukup-cukuplah.

See less

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *