Semalam saya jumpa sepasang suami isteri yang dah menjadi klien saya sejak tahun lepas. Dah genap setahun, jadi kami buat annual review.
Dalam sesi tu, kami sembang tentang perjalanan mereka sepanjang tahun pertama engagement.
Mereka cerita yang baru sahaja beli rumah untuk didiami. Ansuran bulanan rumah lebih kurang sama sahaja dengan sewa yang mereka bayar sebelum ini. Cuma bezanya, kali ini mereka perlu keluarkan hampir RM90,000 untuk downpayment.
Masa nak buat bayaran tu, husband dengan wife pandang sesama sendiri.
“Duit ni datang dari mana sebenarnya?”
Lepas tu husband terus jawab sendiri.
“Duit ni memang ada. Cuma sebelum engage Rafiq sebagai financial planner, kami sendiri tak sedar yang kami sebenarnya ada kemampuan untuk kumpul duit sebanyak ni.”
Bagi saya, ayat itu lebih bermakna daripada apa-apa testimoni yang boleh ditulis.
Setahun lepas, husband masih ada hutang kad kredit. Setiap bulan rasa duit tak cukup. Sampai terfikir nak cari kerja lain, malah sanggup pertimbangkan kerja di luar negara.
Hari ini, hutang kad kredit dah selesai. Dengan pendapatan yang sama, dia tahu sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan boleh disimpan tanpa menjejaskan gaya hidup mereka.
Wife pula cerita, dulu memang menyimpan setiap bulan. Tetapi setiap dua atau tiga bulan, simpanan itu akan dikeluarkan semula.
Sekarang, baki kad kredit pun jarang melebihi RM5,000 dan semuanya boleh diselesaikan menggunakan gaji bulanan tanpa perlu mengusik simpanan.
Secara keseluruhannya, mereka gembira dengan hasil tahun pertama. Alhamdulillah, mereka bersetuju untuk meneruskan engagement bagi tahun kedua.
Selepas selesai annual review, si isteri pula bertanya kepada saya.
“Dulu En. Rafiq bergaji sampai RM25,000 sebulan, kerja korporat yang baik, belajar di MIT. Macam mana boleh buat keputusan berhenti kerja dan jadi financial planner?”
Saya jawab, saya berhenti bukan sebab benci kerja lama.
Saya berhenti sebab saya mencari kepuasan dalam pekerjaan.
Dan saya berusaha menyusun kewangan saya supaya saya ada financial flexibility untuk memilih kehidupan yang saya mahukan.
Saya beritahu mereka, itulah antara perkara yang saya harap mereka juga dapat capai.
Sebab kita tak pernah tahu apa akan jadi pada pekerjaan kita.
Hari ini mungkin stabil.
Esok mungkin hilang sumber pendapatan.
Sebab itu kita bina kewangan yang kukuh. Bukan semata-mata untuk kaya, tetapi supaya kita ada pilihan apabila hidup berubah.
Kami berbual hampir dua jam malam itu.
Kalau esoknya bukan hari bekerja, mungkin sambung lagi.
Sebab pada saya…
Saya tak pernah rasa apa yang saya buat hari ini sebagai “kerja”.
Dalam retirement plan saya, tak pernah ada ayat:
“Retire from being a financial planner.”
Ya, saya juga nak financial freedom.
Saya nak ada pilihan.
Saya nak ada masa.
Tetapi bukan untuk berhenti menjadi financial planner.
Sebab kerja ini bukan sekadar kerja.
Sebelum ini, hampir setiap dua atau tiga tahun saya akan mula rasa penat dan fikir nak tukar kerja.
Hari ini, dah masuk tahun kesembilan sebagai financial planner.
Saya masih teruja setiap kali nak jumpa klien.
Masih seronok berjumpa prospek baru.
Masih bersemangat bila bertemu advisor lain yang benar-benar mahu membina kerjaya sebagai financial planner di Malaysia.
Bila nampak kehidupan klien berubah…
Bila dapat bantu seseorang membuat keputusan kewangan yang lebih baik…
Bila klien sendiri berkongsi bahawa hidup mereka berubah hasil daripada proses perancangan kewangan yang kami lalui bersama…
Perasaan itu sangat sukar untuk digantikan.
Pernah juga seorang klien bertanya,
“En. Rafiq nak practice sebagai financial planner sampai bila?”
Saya tanya semula, “Kenapa tanya?”
Dia jawab,
“Sebab takut nanti En. Rafiq berhenti. Nanti saya kena cari financial planner lain.”
Saya hanya tersenyum.
Insya-Allah, saya tak ada perancangan untuk berhenti dalam masa terdekat.
Selagi Allah beri kesihatan.
Selagi saya masih mampu.
Selagi masih ada orang yang perlukan khidmat saya.
Saya akan teruskan.
Jadi ya…
Financial planning bukan retirement plan saya.
Tetapi mungkin menjadi financial planner adalah sebahagian daripada retirement plan saya.
Bukan semata-mata mengejar pendapatan.
Tetapi untuk terus kekal relevan.
Terus memberi manfaat.
Dan kalau Allah izinkan, terus melakukan sesuatu yang saya benar-benar cintai.
Sampai bila?
Sampai Allah tak izinkan lagi.
