rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Kenapa penting follow up dengan klien, walaupun klien tak respon?

Siapa-siapa yang pernah attend sesi discovery dengan aku mesti pernah dengar aku cakap, kalau lepas discovery session korang tak respon, aku akan assume korang belum berminat atau belum bersedia untuk engage. Jadi aku memang takkan follow up lagi, sebab ketika itu korang belum menjadi klien aku.

Tapi bila dah jadi klien, ceritanya berbeza.

Bila seseorang dah bayar fee dan melantik aku sebagai financial planner, dah jadi tanggungjawab aku untuk follow up. Kalau tak dapat respon hari ini, aku akan cuba lagi minggu depan. Aku akan terus follow up sehingga dapat jawapan.

Aku faham ramai klien sibuk. Ada kerja, bisnes, keluarga dan macam-macam komitmen. Sebab itulah mereka engage financial planner, supaya ada seseorang yang sentiasa memastikan perancangan kewangan mereka tidak terabai.

Rabu minggu lepas, aku berjumpa dengan salah seorang klien yang dah hampir 7 tahun bersama aku.

Aku kenal dia pada tahun 2019. Masa itu dia masih bujang, baru kehilangan ibunya dan menerima harta pusaka. Dia mengambil keputusan berhenti kerja dan memulakan production house sendiri. Dalam masa yang sama, dia juga memilih untuk mendapatkan khidmat financial planner, dan dia memilih aku.

Fast forward 7 tahun.

Sekarang dia dah berkahwin, bakal menimang cahaya mata, dan bisnes yang dia mulakan dahulu pernah berkembang sehingga mencatatkan revenue sekitar RM3 juta tahun lepas.

Selama ini, setiap kali aku follow up, dia biasanya akan respon, kecuali kalau tengah sibuk dengan shooting. SOP aku pun mudah, follow up sekitar seminggu sekali. Tak perlulah setiap hari sampai klien rasa tertekan.

Tetapi kali ini, dia senyap agak lama.

Aku mula rasa risau. Aku tahu tahun ini bisnes dia agak mencabar kerana sebelum ini dia pernah berkongsi sedikit keadaan syarikatnya.

Jadi aku terus follow up seperti biasa.

Akhirnya dia membalas mesej dan meminta untuk berjumpa.

Dalam mesej itu dia beritahu bisnes memang sedang bergelut. Dia bercadang menutup pejabat, bekerja dari rumah dan melepaskan beberapa orang staf.

Bila kami berjumpa, dia berkongsi semuanya.

Sejak Januari, hanya sekitar 5% daripada proposal yang dipitch berjaya. Margin keuntungan semakin kecil. Ada projek yang diterima pun sekadar cukup-cukup atau langsung tak menguntungkan. Simpanan kecemasan syarikat pula semakin menipis.

Sebagai financial planner dia, tugas aku bukan sekadar bercakap tentang pelaburan.

Aku dengar dulu.

Kemudian kami kupas satu demi satu.

Aku mulakan dengan kewangan peribadi dia.

Aku beritahu bahawa kedudukan kewangan peribadinya sebenarnya masih sangat kukuh. Dia tiada hutang, rumah dah selesai, dan masih mempunyai tunai melebihi RM2 juta.

Kalaupun bisnes terpaksa ditutup sekalipun, dia masih mempunyai banyak pilihan dan fleksibiliti untuk tempoh pendek dan sederhana.

Aku sengaja mulakan dengan bahagian itu kerana aku tahu kebimbangan terbesar dia bukan dirinya, tetapi keluarga. Lebih-lebih lagi dengan anak yang bakal lahir.

Selepas itu baru kami bercakap tentang bisnes.

Aku ingatkan semula kenapa dia memulakan production house dahulu.

Bukan semata-mata nak buat duit.

Matlamat asalnya ialah untuk menghasilkan filem.

Dulu dia bermula tanpa modal besar dan tanpa nama.

Hari ini, selepas 7 tahun, dia dah ada pengalaman, dah bina reputasi, dah menang beberapa anugerah, malah short film yang dihasilkan menggunakan duit sendiri kini tersenarai dalam pencalonan salah satu anugerah paling berprestij dalam industri kreatif.

Aku cakap pada dia,

“Maybe this is also a good time to start focusing on what you originally wanted to achieve. Let’s see where that journey takes you.”

Lepas berbual hampir dua jam, jelas wajah dia lebih tenang.

Sebelum kami berpisah, dia cakap kepada aku,

“I didn’t know why I didn’t respond to your messages earlier asking to meet up. I’m feeling much better now after having this talk with you.”

Aku cuma jawab,

“It’s okay. I understand your situation and what you’re going through. Just remember that I’m always here if you need someone to listen.”

Kadang-kadang, nilai seorang financial planner bukan sekadar membantu mengira nombor.

Bila kehidupan menjadi terlalu serabut, ada orang yang boleh membantu kita melihat semula gambaran yang lebih besar, mengingatkan apa yang masih kita ada, dan menyusun semula langkah seterusnya.

Sebab itu, aku tetap follow up.

Bukan sebab nak paksa klien membalas mesej.

Tetapi sebab kadang-kadang, mesej yang paling sukar untuk dibalas datang daripada orang yang sebenarnya paling memerlukan seseorang untuk bertanya,

“Awak okey?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *